CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 4

Lelaki Buat Ritual Ajaran Sesat, Nak Tarik Duit Kena Rela Digigit Anjing Hitam Dulu

[Copy link]
Post time 16-2-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Seorang lelaki didakwa melakukan ritual ajaran sesat di sebuah kawasan Kampung Cibuluh, Desa Cibugel, Kabupaten Tangerang, Banten.


Perbuatan lelaki dikenali Aliyudin itu terbongkar selepas rakaman video yang menyiarkan ritualnya di depan kubur dan seekor anjing hitam.


Difahamkan, ritual ajaran sesat itu sudah berlangsung sejak enam bulan lalu.










Orang ramai yang ingin menyertai ritual berkenaan dikatakan perlu dijilat anjing hitam itu terlebih dahulu, malah jika ingin mempunyai banyak wang pula perlu digigit oleh anjing terbabit, lapor portal berita tempatan.


Seorang penduduk, Wirdah memberitahu bahawa Aliyudin mula melakukan aktiviti menyeleweng itu selepas berhenti kerja sebagai pemandu kontena.


"Sebelum ini, dia seorang yang rajin solat. Saya cuma mengetahui aktivitinya itu sejak sebulan lalu," katanya.


Wirdah juga memberitahu penduduk setempat yang bimbang akan perbuatan terpesongnya itu juga ada berjumpa Aliyudin supaya menghentikan ritual berkenaan dan anjing peliharaannya dibawa keluar dari kampung.


Sejak enam bulan melakukan ritual berkenaan, ramai individu dari luar daerah Tangerang datang ke rumah Aliyudin, namun Wirdah mendakwa tujuan kedatangan mereka itu tidak diketahuinya.


"Ada yang datang menunggang motosikal dan memandu kereta. Saya tidak mengenali mereka tetapi ada yang datang pada waktu malam serta siang," katanya.


Selepas video ritual yang dilakukan lelaki itu tular, pihak berkuasa agama turut membongkar tiga perkara palsu di dalam rumah Aliyudin.


Aliyudin melalui media sosial turut meminta maaf kepada masyarakat terutama warga Kampung kerana menimbulkan tidak harmoni.


"Assalamualaikum, kepada masyarakat dan tokoh agama serta polis, saya mohon maaf kalau ada kesalahan.


"Masalah digigit anjing untuk dapat banyak duit itu bohong, kalau mahu duit banyak perlu kerja dan semangat, itu yang sebenar-benarnya... Saya mohon maaf, saya tidak akan teruskan lagi, saya mohon maaf," tulis Aliyudin.


Walaupun sudah membuat permohonan maaf, pihak berkuasa agama Indonesia akan terus membimbing Aliyudin supaya tidak lagi melakukan perkara terpesong daripada agama. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 04:37 PM | Show all posts
mati sia2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:47 PM | Show all posts
dia sendiri pun tak kaya-kaya lagi mau kasi orang lain kaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:58 AM | Show all posts
cam sibai musibat yg prcya pon tolol
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut....syirik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.619196 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list