CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 1

Presiden Kumpulan Bank Dunia Letak Jawatan Pada 30 Jun

[Copy link]
Post time 16-2-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode
David Malpass membuat keputusan mengejutkan pada Rabu apabila mengumumkan bakal meletak jawatan sebagai Presiden Kumpulan Bank Dunia pada 30 Jun.


Agensi Akhbar Jerman dpa melaporkan, menurut kenyataan bank pembangunan yang berpangkalan di Washington itu, Malpass membuat keputusan berkenaan selepas mengetuai kumpulan itu selama lebih empat tahun.




Rival Times




"Empat tahun yang lalu adalah antara yang paling bermakna dalam kerjaya saya dengan banyak kemajuan dicapai, namun selepas berfikir, saya memutuskan untuk meneruskan cabaran baharu.


"Dengan negara membangun berhadapan krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini, saya berbangga kerana Kumpulan Bank bertindak balas dengan pantas, berskala, berinovasi dan memberi impak," katanya dipetik Harian Metro.


Bank Dunia meminjam wang kepada negara miskin dengan syarat yang menguntungkannya bagi mengukuhkan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan negara peminjam. Organisasi ini disokong oleh 189 negara di seluruh dunia.


Malpass yang memegang jawatan itu pada 2019 semasa pemerintahan Presiden Donald Trump dikritik hebat termasuk oleh Rumah Putih dan Menteri Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Jerman Svenja Schulze kerana kenyataannya mengenai perubahan iklim.


Difahamkan, beliau dicalonkan sebagai presiden kumpulan itu untuk tempoh lima tahun dan akan berundur kira-kira setahun sebelum penggalnya berakhir. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahoo ade kerja kosong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 1.154987 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list