CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3005|Reply: 34

Shima Dah Jual Nasi Sebungkus RM3.50 Je, Masih Ada Pelanggan Yang Keluarkan Plastik Duit Syiling, Kira Sorok-Sorok

[Copy link]
Post time 16-2-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Nama Nurul Hashima Abu Aris atau Shima sudah tidak asing lagi untuk penduduk Seksyen 6 di Kota Damansara, Petaling Jaya.


Dia dikenali kerana kemuliaan hatinya dalam bersedekah ketika berniaga nasi bungkus.


Semasa pandemik Covid-19 melanda, Shima muncul antara wira tidak didendang apabila dia menawarkan makanan percuma kepada sesiapa sahaja yang kesempitan wang dan mengangkat bendera putih.


Foto: IG






Tahun berganti tahun, kebaikan Shima ternyata tidak luntur sedikit pun apabila dia sekali lagi tampil menawarkan bantuan makanan percuma kepada masyarakat setempat.


"Tak cukup duit nak makan? Cakap. Sis (kak Shima) boleh bagi nasi percuma.


"Jangan kais cari duit dalam poket, lepas tu letak balik nasi sebab tak cukup duit," pelawa Shima menerusi perkongsian di media sosial kepada mereka yang terdesak sehingga terpaksa mengikat perut.


Shima mengakui dia mudah tersentuh hati jika melihat pelanggan yang hidupnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.




  



"Saya tak boleh la dengan situasi macam tu. Saya mudah tersentuh hati.


"Setakat bagi dua atau empat bungkus nasi bajet tu tak ruginya perniagaan saya," kata Shima tidak lokek dalam berkongsi rezeki.


Shima berkata dia senang hati untuk berbakti kepada masyarakat kerana pernah merasai kesusahan sebelum ini.


"Saya pernah hidup dalam kesusahan dan kesempitan yang memaksa untuk berhutang makanan dekat gerai tepi jalan.


"Apabila dah merasa senang sikit, saya berikan semula apa yang saya dah peroleh kepada masyarakat kerana dalam rezeki saya ada rezeki mereka juga," ujarnya kepada mStar.




  



Selain itu Shima sempat menceritakan bagaimana dia menjadi saksi banyak kisah meruntun jiwa daripada pelanggan yang berkunjung ke gerainya.


"Dengan macam-macam kisah yang saya dengar daripada pelanggan yang datang ke gerai, saya tahu ramai lagi yang hidup susah dan tak mampu nak beli makanan ruji seperti nasi.


"Nasi kami dijual pada harga serendah RM3.50 sebungkus. Tapi ada juga pelanggan yang keluarkan plastik berisi duit syiling sambil kira sorok-sorok. Mungkin malu sebab tak ada duit kertas nak bayar," kata Shima.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menzahirkan rasa kagum terhadap kemurahan hati Shima.


"Awak sangat baik hati dan tulisan tangan awak dekat gerai itu pun sangat kemas. Saya akan cuba taja perniagaan awak supaya awak boleh bantu lebih ramai orang.


"Semoga terus diluaskan lagi rezeki yang halal dan berkat kak Shima.


"Sungguh mulia hati kak Shima, saya mendoakan kebarakahan dalam kehidupan akak," ujar sebahagian warga maya.




  



Antara menu yang disediakan di gerai Shima adalah nasi goreng berlada dan nasi ayam masak merah dengan kesemuanya berharga RM3.50.


Gerai di hadapan Surau Al-Falah, Kota Damansara ini dibuka setiap hari kecuali pada Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula pukul 5 petang. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah   
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 12:23 PM | Show all posts
masa zaman parking xde apps2 ni lagi, kaka lah org paling byk syiling, smp nk beli lunch pun selamba jer guna duit syiling, skrg ni pyh plak nk dpt syiling sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 12:42 PM | Show all posts
ayam minyak kicap ke ayam masak kicap?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 01:20 PM | Show all posts
bestnya.. huhuhuhu
selalu nya mcm gini sedap
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki selalu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2023 01:47 PM | Show all posts
org niaga ni dapat duit syiling lagi dia suka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:27 PM | Show all posts
pernah beli nasi kak syima ni..generous sgt lauk2 dia bg mcm bkn harga rm3.50..ada hari nasi lauk sambal udang, nasi lauk sambal sotong..murahla bila mengenangkan harga udang dgn sotong tu bkn murah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 16-2-2023 02:27 PM
pernah beli nasi kak syima ni..generous sgt lauk2 dia bg mcm bkn harga rm3.50..ada hari nasi lauk sa ...

Sedap tak? Tgk nasi berbungkus cam tu jd terliur plak.
Perasan mcm happy bila dapat nasi berbungkus camtu huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:46 PM | Show all posts
Suchi replied at 16-2-2023 02:42 PM
Sedap tak? Tgk nasi berbungkus cam tu jd terliur plak.
Perasan mcm happy bila dapat nasi berbungku ...

sedap...pastu kalau xde duit tukar dia siap ckp xpe la akak halalkan dia x bg bayar pun..tp kita bg je..kalau nasi percuma tu biarlah golongan yg memerlukan yg dpt..selagi mampu, kita bayar je..tp dh jrg dh pegi belah sana..sbb dulu dia meniaga on weekend..sekrg ni weekdays je
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:49 PM | Show all posts
harap pasni akk ni tk buat content.
acah2 x suke org selit2 duit.. pastu buat muka..
sekali okey la...byk kali jd meluat plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 03:00 PM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 16-2-2023 06:46 AM
sedap...pastu kalau xde duit tukar dia siap ckp xpe la akak halalkan dia x bg bayar pun..tp kita b ...

dia kalau seller perempuan kena hati hati.
biasanya kalau kes macma ni i akan halalkan baki tu je.
tak nak jiwa dia terganggu nanti mengganggu kualit masakan.  

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 03:01 PM | Show all posts
kalau yg keje gomen....ckp hdup terseksa xcukup makan dia oke ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sedap pulak , moga murah rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:32 PM | Show all posts
masalah syiling ni kalau dapat samada hilang atau tersimpan rapi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:44 PM | Show all posts
JulietTheOrange: ayam minyak kicap ke ayam masak kicap?


rasanya kicap tu berminyak sis.. meolls suka masak kicap yg berminyak.. sedap nak nak mkn ngan nasik panas pergghhhhhhh....suuurrrrr...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 04:44 PM | Show all posts
Suchi replied at 16-2-2023 02:42 PM
Sedap tak? Tgk nasi berbungkus cam tu jd terliur plak.
Perasan mcm happy bila dapat nasi berbungku ...

hahaha sama..suka nasi bungkus gini dari polisterin..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Akk ni mmg baik. Kdg kalo jumaat tu, beli 1 percuma 1. Kdg dia bg free je.. Sape yg solat kat surau dpn tu pun, dia selit je mknn free kat kete. Moga makin murah rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
laradelara replied at 16-2-2023 09:36 PM
Akk ni mmg baik. Kdg kalo jumaat tu, beli 1 percuma 1. Kdg dia bg free je.. Sape yg solat kat surau  ...

Moga2 dia murah rezeki senantiasa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 12:08 AM | Show all posts
Rajin bersedekah wanita ni. Harga pun murah. Tapi I hairan yg pembeli tak cukup duit nak beli 4 bungkus nasi bajet. Kalau satu bungkus, I fahamla tak masak di rumah. Ni 4 dan tak ada duit. Sepatutnya beli jer beras dan lauk masak di rumah kalau dah ramai2 gitu. Walaupun bekerja, cari masa untuk masak untuk seisi keluarga. Ada jer orang yg kerja full time tapi masak sebab duit gaji tak cukup nak makan di luar. Letih macam mana pun, dia ikhtiar untuk masak simple2 and ahead of time. Nak makan, panaskan saja.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.203680 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list