CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Kedah] Mayat dengan kesan luka terapung dalam tali air

[Copy link]
Post time 15-2-2023 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Mayat dengan kesan luka terapung dalam tali air


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



MAYAT yang ditemui dalam tali air di Pida 1 Tok Tambak, Mukim Tunjang, hari ini. FOTO Ihsan PDRM.




Jitra: Mayat lelaki dengan kesan luka di belakang badan dan kepala ditemui dalam tali air Pida 1 Tok Tambak, Mukim Tunjang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan itu pada 8.28 pagi dan sepasukan anggota ke lokasi.

"Pemeriksaan mendapati, mayat lelaki itu lengkap berpakaian namun dengan kesan luka dan dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam," katanya ketika dihubungi.

Rodzi berkata, siasatan di lokasi turut menemukan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR)berhampiran mangsa yang dipercayai berbangsa Rohingya.

Katanya, pihaknya mendapati terdapat laporan polis yang dibuat di Padang Besar, Perlis semalam mendakwa si mati tidak datang ke tempat kerja.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Disiarkan pada: Februari 15, 2023 @ 6:30pm
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.351350 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list