CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Kedah] FAMA pastikan bekalan telur di Kedah cukup hingga Ramadan

[Copy link]
Post time 15-2-2023 06:22 PM | Show all posts |Read mode
FAMA pastikan bekalan telur di Kedah cukup hingga Ramadan



oleh   SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA15 Februari 2023 05:12pm






Isa (tiga dari kanan) mengedarkan sayur percuma ketika merasmikan Program NBME Ejen Pemasar FAMA @ Kolej Komuniti Sungai Petani pada Rabu.




SUNGAI PETANI - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memastikan bekalan telur di Kedah mencukupi sehingga menjelang Ramadan dan Syawal ini.

Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah berkata, bagi memastikan keperluan itu mencukupi, satu jalinan kerjasama dilaksanakan dengan beberapa pengeluar telur ayam di negeri ini.

"Di Kedah ada tujuh penternak ayam telur dan kita bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuat kerjasama dengan penternak untuk memastikan bekalan boleh ditampung sehingga menjelang Ramadan dan Syawal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) Ejen Pemasar FAMA@kolej Komuniti Sungai Petani pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kamaludin Daud dan Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani, Sobah Abdul Hamid.

Jelas Isa, bekalan telur ayam tambahan di Kedah turut diperoleh dari syarikat pengeluar di Melaka.

"Buat masa ini, kami mendapat sumber tambahan bekalan dari syarikat di Melaka, sehingga kini mencecah 350,000 biji sudah diambil dan kita aturkan penghantaran di outlet FAMA di Kedah," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048677 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list