CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

Tak Puas Hati Saman Ditolak, Bekas Pelajar OKU Dibuli Fail Rayuan

[Copy link]
Post time 15-2-2023 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas dan ibu angkatnya yang ditolak samannya memfailkan rayuan berhubung dakwaan dibuli ketika bersekolah di sekolah terbabit.


Peguam, Sangeet Kaur Deo yang mewakili bekas pelajar yang kini berusia 25 tahun dan ibu angkatnya mengesahkan notis rayuan tersebut difailkan melalui firma guaman, Karpal Singh & Co. pada 14 Februari lalu Mahkamah Rayuan, Putrajaya.


Utusan melaporkan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad pada 3 Februari lalu menolak saman tersebut atas alasan bekas pelajar terbabit gagal membuktikan dakwaannya dibuli berdasarkan imbangan kebarangkalian.




Gambar hiasan




Pihak plaintif juga gagal menunjukkan kesemua defendan gagal menjalankan tanggungjawab bagi memastikan persekitaran selamat sehingga menyebabkannya dibuli.


Tambahnya, ibu angkat plaintif pertama boleh mengeluarkan anaknya dari sekolah berkenaan sekiranya tidak berpuas hati dengan sekolah terbabit dan situasi yang berlaku terhadap anaknya, namun wanita itu tidak berbuat demikian.


Mahkamah yang menolak saman tersebut kemudian memerintahkan bekas pelajar terbabit dan ibu angkatnya untuk membayar kos sebanyak RM10,000.


Difahamkan, dua beranak itu memfailkan saman dengan menamakan pengetua, sekolah pendidikan khas, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keempat pada 26 Mei 2017.


Bekas pelajar berkenaan juga selaku plaintif pertama mendakwa kakinya diikat di katil dan ditumbuk rakan sekolah ketika tidur, diludah serta dikasari manakala pakaiannya dicuri.


Selain itu, dia mendakwa sekolah berkenaan tidak mempunyai kemudahan dan sistem untuk mengkategorikan setiap pelajar mengikut tahap ketidakupayaan atau masalah pembelajaran.


Justeru, kedua-dua plaintif menuntut antara lain ganti rugi am, teruk dan teladan selain perisytiharan bahawa hak kepada pendidikan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, bermaksud pendidikan berkualiti selaras dengan ketidakupayaan dialami plaintif pertama dan kanak-kanak istimewa lain.


Defendan pula dalam pernyataan pembelaannya berkata, penempatan plaintif pertama di sekolah itu berdasarkan pemilihan kedua-dua plaintif dan mereka bersetuju dengan pemilihan itu selepas melihat kecenderungan pelajar berkenaan. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 1.565778 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list