CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 2

Pembantu Rumah Dipenjara 3 Bulan Rakam, Sebar Foto Bogel Lelaki Tua Parkinson

[Copy link]
Post time 15-2-2023 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap pembantu rumah yang mengaku bersalah merakam foto bogel lelaki warga emas.


mStar memetik The Straits Times dan Asia News Network melaporkan, kejadian itu berlaku di flat Punggol, Singapura pada tahun lalu.


Tertuduh, Hidayah, 40, didakwa merakam foto bogel pesakit tersebut sebelum berkongsi kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.




Gambar hiasan




"Gaji S$700 (RM2,303) tetapi kerja saya susah, memandikan orang tua," ujar Hidayah dalam mesej itu.


Wanita warga Indonesia itu melakukan kesalahan serupa empat hari kemudian dan turut menghantar gambar tersebut kepada rakannya.


Difahamkan, lelaki berusia 79 tahun itu menghidap parkinson iaitu gangguan neurodegeneratif yang membawa kepada gegaran otot serta kesukaran berjalan dan keseimbangan.


Disebabkan keadaan itu, dia memerlukan bantuan untuk melakukan aktiviti harian seperti makan dan mandi.


Menurut laporan, menantu warga emas itu mengupah Hidayah melalui sebuah agensi pada Februari 2022.


Dia kemudian tanpa mendedahkan sebarang alasan, mengembalikan Hidayah kepada agensinya pada 6 Mei 2022.


Dia menyedari kewujudan foto lucah yang dirakam Hidayah selepas mengambil semula telefon bimbit digunakan pembantu rumah itu ketika perkhidmatannya.


Apabila menyemak aplikasi WhatsApp, dia mendapati Hidayah telah menghantar gambar itu kepada suami serta kakak iparnya.


Berikutan itu, dia membuat laporan polis pada 8 Mei 2022. – CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik betul kenapa Parkson Evo Mall tu boleh bertahan, padahal Evo mall tu hidup segan mati tak mahu, sendu sangat-sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Berasal drpd yindon...no wonder
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.597157 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list