View: 1482|Reply: 7
|
Untung Berjuta, Penerbit Filem Mat Kilau Tak Bayar Pembekal RM150,000?
[Copy link]
|
|
Penerbit filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali menafikan dakwaan seorang pembekal yang membuat pendedahan belum menerima sebarang bayaran daripada syarikat produksi Studio Kembara Sdn Bhd sebanyak RM150,000 bagi projek filem Mat Kilau yang berjaya meraih kutipan hampir RM100 juta.
Abdul Rahman yang kini berada di Makkah ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai pendedahan yang dibuat itu.
"ihak kami sedang mengumpul maklumat. Prinsip kami adalah bertanggungjawab dalam setiap rekod. Semua pembekal sudah dibayar," katanya ringkas kepada Harian Metro.
Terdahulu, seorang individu bernama Zulhasnan Hassan meminta penerbit filem Mat Kilau untuk melunaskan hutang tertunggak sebanyak RM150,000 selepas menggunakan khidmatnya sebagai penyedia tapak, bekalan barang keperluan, binaan set, makanan, minuman dan penginapan.
Individu itu turut mendakwa dia sudah membantu syarikat produksi itu dalam urusan kebenaran dan keselamatan ketika penggambaran filem itu dijalankan.
Walaupun mendakwa kos perbelanjaan yang dikeluarkan mencecah RM150,000, namun individu itu sanggup mengurangkan bayaran kepada RM75,000. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Eh kau dah kenapa nak kena bagi diskaun segala dari 150k jadi 75k ni? Kutipan filem cecah 100 juta kot... |
|
|
|
|
|
|
|
sukati ko lah xda kena mgna ngn hdop aku |
|
|
|
|
|
|
|
producer tu pemilik bizz juta2 dah lama dah. bab akaun mesti superb. ntah2 dulu buat kerja suka rela ja, tapi bila dah meletop orang pun hasut, apa lagi. peluang. selalu camtu la |
|
|
|
|
|
|
|
Pembekal aka tempat tapak lakonan, takkan la lupa nak bayar, sah2 scammer nigeria jah |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...sikit aku tak percaya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|