CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1795|Reply: 25

Dah 35 Tahun Menyanyi, Ziana Zain Teringin Nak Buat Konsert Solo

[Copy link]
Post time 15-2-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Kerjaya seni bakal mencecah tahun yang ke-35, Ziana Zain teringin nak buat konsert solo.


Ziana berharap menjelang tempoh dua tahun dari sekarang, ada penaja sudi berkolaborasi dan sama-sama mencipta sejarah manis berkenaan dengan dirinya.


Enggan mengharap bulan jatuh ke riba, Ziana yakin berkat kerja keras disokong kelancaran landskap industri hiburan tanah air selepas melalui fasa pandemik mampu menjadikan impiannya sebagai realiti.


Foto: IG




“Suku pertama 2023 semakin menyemarakkan impian saya untuk memperincikan pelan merencana sebuah konsert solo yang boleh dikenang dan diceritakan kepada anak cucu.


“Nyata perancangan Allah itu lebih indah. Selepas konsert bersama Anuar, sudah pasti besar harapan saya ada penaja sudi menaja konsert solo pula.


“Konsert dengan Anuar menjadi kenangan terindah untuk saya pada usia 55 tahun kerana itu juga langkah ke arah konsert solo yang diidamkan sekian lama,” kongsi penghibur kesayangan ramai itu.




  



Ziana yang tampak terus laris menghiasi drama mengakui bersyukur rezeki masih berpihak kepadanya, selain kepercayaan penerbit terhadap kemampuan bakat lakonannya.


Enggan tamak atau merebut sahaja tawaran yang datang, bintang filem Sembilu itu terlebih dahulu memastikan setiap amanah digalas satu per satu.


“Sejak tahun lalu saya semakin aktif berlakon tetapi setiap satu tawaran saya pastikan tak bertembung atau mempunyai jarak masa supaya saya dapat bahagikan waktu untuk anak-anak dan nyanyian.


“Pada usia ini, selain berpeluang melihat anak-anak membesar depan mata, rasanya tiada apa lagi yang mahu saya kejar selain hanya mampu bersyukur.




  



“Alhamdulillah, mereka pun sudah besar panjang dan ada yang telah masuk universiti, jadi memang pada fasa ini yang saya rasai hanya ketenangan.


“Apabila diajukan undangan pentas mahu pun tawaran berlakon, saya cuba penuhi jika tiada kekangan atau pertindihan jadual,” katanya.




  



Ziana percaya selain bakat, minat dan kesungguhan, kunci momentum kerjayanya adalah disiplin tinggi dalam pekerjaan dan kehidupan sehari-hari.


“Kalau kita tak jaga masa dan berdisiplin tentu saja keadaan itu boleh menjejaskan seluruh pasukan.


“Saya tak suka menyusahkan orang lain hanya disebabkan isu sebegini. Jika kita berdisiplin rezeki tidak akan lari jauh,” tambah ibu kepada empat cahaya mata itu. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah terlalu tua utk berlakon sembilu sequel keww?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:14 PM | Show all posts
bole ker nyanyi lg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:16 PM | Show all posts
muka boleh botox...suara plak??
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi sore macam dah tak sehebat dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement mcm x pnh buat konsert solo plk nek jena ni pdehal dulu zaman muda berderet konsert sheols sana sini…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2023 04:39 PM | Show all posts
so ni hint bakalan nak masuk GV 10 ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la konsert. Buat je konsert berangan mcm ponen keli jeman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 04:53 PM | Show all posts
buatlar konsert, setakat venue macam zepp or plenary, mesti sold out punya
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 05:07 PM | Show all posts
I support you.
Persetankan suara2 sumbang acik2 gomen gundu kepam yg berkuntum kat sini yaacchh.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 05:25 PM | Show all posts
kak ziana jgn pakai turban x cantik
btw konsert salem 1998 kut yg ziana zain unplugged wow letoopan ye dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 05:29 PM | Show all posts
aku x suka artis wat konsert pastu wat medley lagu,
tak puas dengar, cuba nyanyi lagu tu sampai habis...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 05:42 PM | Show all posts
“Alhamdulillah, mereka pun sudah besar panjang dan ada yang telah masuk universiti, jadi memang pada fasa ini yang saya rasai hanya ketenangan.


sape? aiman ke
ehnsem ank kak gee yg sulung ni
ikut muka ayah
jgn ikut perangai ayah jek

anyway...mcm ni la jd ibu tunggal
kena kerja sokmo utk besarkan anak2
dugaan buatmu...

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksah la.
Kak jena leni nyanyi bukan menten mcm celine dion.
Takut xlaku.
Modal konsert besaq.
Tiket musti kna mahal.
Mahal² peminat nk cukau duit tang mana.
Mkn pn cuma mampu mgelumpoq mintak krjn carik solution menu rahmah.
Inikan nk bebeli tiket konsert kak jena.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 07:33 PM | Show all posts
sheols tak berani ke buat dkt axiata?
iols rasa pondan2 yg minat aina abdul, dayang tu semua mesti beli punya tiket konsert ziana zain kot.... takpayah penaja la... up je harga tiket... pondan2 malaysia kaya2 nokssss
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 10:23 PM | Show all posts
geng fefonens zianafolks boleh la kot hulur sponsor untuk konsert sheols nanti, walaupun berkurun dah takda album baharu, apatah lagi singles tapikan, walaupun suara sheols dah tak tinggi, namun masih lagi sedap dan ada weigh gitu, boleh rasa resonans dia la orang kata. Tak perlu pon jerit2 high note bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 15-2-2023 05:53 PM
Toksah la.
Kak jena leni nyanyi bukan menten mcm celine dion.
Takut xlaku.

Yg beli tiket mahal2 ni takde heran menu rahmah. Depa level Gordon Ramsay. Yg makan menu rahmah takkan mampu beli tiket konsert memadai tgk kat astro ja. Kalau nak tggu semua kaya, baru nak buat konsert, jenuh ZZ nak tggu. Suara dia masih ok, compared to kak Gee latiff
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Semput pula dengar zz nak buat konsert solo. Meols cadangkan zz bergabung dgn anuar zain, erni & syamel dalam satu konsert.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:07 AM | Show all posts
lagu baru pun berkurun tak dok.. asyik kata nak kuar jew manjang last senyap sampai sudah. bila nyanyi jew sekebun sekebun. aku yg suka jadi nyampah... huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 08:18 AM | Show all posts
bagus gak jena takde lagu baru...ramai seangkatannya ada lagu baru...nek ecah..nek fazira...nek ramlah...tapi lagu baru tu semua kelaut jurang mariana....better keep dengan lagu lama beliau yang malar segar.. buat konsert inhall mcm plenary..zepp ka...mesti fullhouse...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049959 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list