CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13038|Reply: 0

[Sabah] Tamu Desa Tenghilan bernilai RM200,000 mulai beroperasi

[Copy link]
Post time 3-3-2025 09:00 PM | Show all posts |Read mode

Tuaran: Tamu Desa Pekan Tenghilan bernilai RM200,000 yang siap sepenuhnya pada September tahun lepas mula beroperasi, sekali gus menjadi tamu desa ke-93 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata projek Bina Baharu Infrastruktur Tamu Desa itu dilaksanakan Kerajaan Madani melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas.

“Tamu Desa ini adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara yang saya laksanakan di Kuskop, yang antara lain memberi fokus tambahan kepada kedua-dua negeri itu tanpa menjejaskan fokus sedia ada kementerian di seluruh negara.

“Bermula tahun lepas, Kerajaan Madani telah memperuntukkan sejumlah dana dalam Belanjawan 2024 untuk memulakan pembinaan premis Tamu Desa.

Pembinaan Tamu Desa ini menggunakan konsep yang berlainan, sama ada berkonsep gerai atau dewan terbuka dan dibina baharu atau menaik taraf tamu sedia ada,” katanya ketika berucap merasmikan Tamu Desa berkenaan di sini pada Sabtu.

Ewon berkata pelaksanaan Projek Tamu Desa di Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada usaha kerajaan melalui Kuskop, yang memberikan fokus tambahan kepada kedua-dua negeri itu.

“Selain itu, kita juga memperkenalkan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus iaitu geran khusus untuk usahawan bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Pada tahun lepas, kementerian telah menyalurkan pembiayaan kepada 113 syarikat di Sabah dan 50 syarikat bumiputera di Sarawak melibatkan nilai geran lebih RM13 juta.

“Ini adalah sebahagian daripada tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak khususnya usahawan yang disediakan Kuskop,” katanya.

Beliau berkata tahun ini, kementeriannya akan meneruskan BEEP Plus dan pelaksanaan Premis Tamu Desa di kedua-dua negeri berkenaan.


Sumber:Harian Ekspres

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040009 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list