CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 1

[Perlis] Burger rangkaian restoran antarabangsa akan turut jadi Menu Rahmah

[Copy link]
Post time 15-2-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Burger rangkaian restoran antarabangsa akan turut jadi Menu Rahmah

Februari 15, 2023 @ 2:38pm




KANGAR: Beberapa syarikat besar restoran makanan segera antarabangsa akan memberi kata putus berhubung inisiatif menawarkan Menu Rahmah pada minggu hadapan.

Rangkaian restoran berkenaan bercadang untuk memperkenalkan burger sebagai Menu Rahmah kerana ia lebih mudah untuk pelanggan khususnya bagi golongan muda.

Setakat ini Burger King menjadi restoran makanan segera pertama yang menyahut inisiatif kerajaan dalam menyediakan makanan pada harga sederhana melalui pelaksanaan program Menu Rahmah dengan menawarkan burger ayam atau daging, berserta sayur dan sebotol air mineral.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata selepas dua minggu program Menu Rahmah dilancarkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga menarik minat beberapa syarikat gergasi untuk terbabit sama.

"Ini ialah satu berita gembira buat rakyat Malaysia apabila restoran makanan segera telah menyatakan minat untuk turut sama memperkenalkan Menu Rahmah selepas Burger King menawarkan hidangan berharga RM5 sebelum ini," katanya selepas melancarkan Menu Rahmah Peringkat Negeri Perlis di Restoran BEKWOH, semalam.

Selain sektor makanan, Salahuddin berkata, beberapa pemain industri antaranya tekstil dan perubatan turut menyatakan minat untuk menyertai program berkonsepkan Rahmah.

"Ada pihak industri yang berminat untuk memperkenalkan 'Shopping Rahmah Raya' bagi membantu rakyat membuat persiapan Aidilfitri dan perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut untuk mengenal pasti apa yang boleh ditawarkan oleh pengusaha industri ini nanti," katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa pengusaha klinik swasta yang menyatakan minat untuk memperkenalkan konsep Rahmah seperti ujian saringan kesihatan pada harga serendah RM40 dan perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan terlebih dahulu. - BERNAMA




SALAHUDDIN (tengah) menunjukkan set ‘Menu Rahmah’ yang disediakan di sebuah restoran di Jalan Pulai Indah, Kangar, semalam. - Foto NSTP/Aizat Sharif









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2023 03:39 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053017 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list