CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9384|Reply: 104

Makanan Tak Sedap, Pelayan Pula Lebihkan Artis! Restoran Danial Zaini Dikutuk Hauk

[Copy link]
Post time 15-2-2023 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Susulan teguran oleh seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan diterima semasa mengunjungi restoran Paku & Pontianak 2, Danial Zaini tampil meminta maaf.


Pihaknya berjanji untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan kualiti makanan di restoran miliknya itu.


Foto: IG




Menurut Danial, isu makanan lewat dihidangkan kepada pelanggan berlaku disebabkan restoran menerima dua tempahan majlis tertutup.


"ertama sekali kami minta maaf atas kelewatan dalam menyediakan makanan untuk pihak tuan. Pada hari kejadian kami mempunyai dua acara hari jadi yang berjalan serentak. Kami akan memperbaiki dan menambahbaik servis dari masa ke masa.


"Sepanjang majlis berlangsung, kami telah menyediakan tiga staf untuk melayan setiap tetamu di bilik VIP, dua untuk menjalankan servis dan satu sedia sebagai back-up yang berada di luar demi menjaga privasi," jelasnya.







Sebelum ini, seorang pelanggan dikenali sebagai Zizan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan diterima semasa meraikan sambutan ulang tahun rakannya.


Antara yang dibangkitkan ialah isu makanan dihidangkan telah sejuk akibat lewat dihantar ke meja pelanggan sehingga terpaksa menunggu lebih dua jam.


Bukan itu sahaja, Zizan juga mendakwa terdapat perbezaan layanan apabila ada satu majlis berbeza melibatkan seorang artis turut diadakan dalam waktu yang sama.


Dia juga menyebut tentang kualiti makanan yang mana daripada sudut selera peribadinya kurang memuaskan.


"Dalam masa yang sama ada function birthday artis di tingkat bawah restoran, kami di tingkat atas belah atas. Tapi artis makan bufet. Kami ala-carte.


"Mereka nampak lebih-lebihkan artis daripada kami. Kami pun bayar kot. Entah-entah artis makan percuma," tulisnya.




  



Dalam pada itu, Danial turut menjawab keluhan pelanggan mengenai isu ruangan parkir terhad di restoran miliknya yang terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu.


"Berkenaan dengan isu parking, pihak kami memang menyediakan parking khas untuk para tetamu tetapi pada malam tersebut parking telah pun penuh dan dua parking yang ada telah di reserve sebelum hari majlis berlangsung," ujarnya.




  



Mahu menebus kesilapan, Danial terbuka hati untuk menjemput semula pelanggan berkenaan ke restorannya itu.


"Secara peribadi,dengan berbesar hati saya ingin mempelawa pihak tuan untuk datang kembali ke restoran saya dan memberi peluang kepada kami untuk menebus semua kesalahan kami kepada pihak tuan," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 02:32 PM | Show all posts
sorry aku mcm x kenal retis sendu ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg gigih tertebeng2 kat produk2 artis ni sapa suruh... Dari tahun 90 an retis2 meniaga kedai makan tapi kesudahannya melingkup hauk. Banyak lg kedai makan yg btul2 sedap dari kedai retis
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:47 PM | Show all posts
bkn dia collaborate dgn broku?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama Paku & Pontianak tapi tema kononnya romantik. Entah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:10 PM | Show all posts
yang ni la mengekek i tengok fish and chips keli dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi celebrate kat de'wan je lah. Tapi kena set appointment.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:20 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-2-2023 07:10 AM
yang ni la mengekek i tengok fish and chips keli dia

ikan keli celop tepung hahaha fusion kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 15-2-2023 02:37 PM
Yg gigih tertebeng2 kat produk2 artis ni sapa suruh... Dari tahun 90 an retis2 meniaga kedai makan t ...


kat tmpt i kedai mkn khaty ibrahim tutup, pastu kedai aida aris tutup, la ni ada kedai ruminah sidek sendu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:22 PM | Show all posts
bynroslan replied at 15-2-2023 03:20 PM
ikan keli celop tepung hahaha fusion kot?

baca komen lagi la..
hadoi.. gelak tak habis
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo kedai dia ke? I ada baca jugak dlm twitter pagi tadi. I kesian dekat pelanggan je bayar mahal tapi servis n makanan x sepadan dgn harga
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kaka pun ada baca kt twitter x igt mlm td ke pg ni dan mmg layak mamat tu merempan sbb dia dah byr Rm300 utk bilik then dah order awal dan minta pelayan htr bila birthday boy dtg dlm lbg kurang 8.30 mlm sekali hah amekaw ada yg smp pkl 10.30 br dpt food dan tuan bdn plk mknan dia x dpt2 jd dia cancel aje. Paling lawak "fish" & chip dia iaitu dia guna keli, mmg dia ada tulis dlm menu tp bila smp wow keli celop tepung jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 15-2-2023 03:22 PM
kat tmpt i kedai mkn khaty ibrahim tutup, pastu kedai aida aris tutup, la ni ada kedai ruminah sid ...

Masa ak duk k.dmnsra, serina cep1 dtg mkn kt kedai m.cik ak. Pdhl dia bukak kdai mkn gak masa tu. Pastu rita tu, pkije dy dtg kedai m.cik ak jugak. Tp ak rasa dua2 ni kedai dh ttop skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:46 PM | Show all posts
keli chip?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoran retis dah banyak kes camni. Xpayah la beriya pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 03:50 PM | Show all posts
buat bisnes barang timbang kilo jer la dik oiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 04:04 PM | Show all posts
Sape ingat lagi dulu ada Celebrity Corner dekat area Desa Pandan? Ramai artis meniaga makanan konsep gerai-gerai tapi kejap je la bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:05 PM | Show all posts
Macam mana heols boleh terfikir buat fish and chips guna ikan keli?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:07 PM | Show all posts
artis ke? eh tak kenal pon.. and fish n chips tu kenapa mcm tikus..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2023 04:08 PM | Show all posts
selalu je iols pg makan, makanan dah siap lama tapi kene sidai...
makan mamak je kot jarang kene sidai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.079352 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list