CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Perlis] Perahu layar pertama di Malaysia layari tasik

[Copy link]
Post time 14-2-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode

DUA sahabat baik, Sharifah Nadiah Wafa Syed Mohd Thalal Wafa dan Siti Nursarah Salehhodin menawarkan aktiviti katamaran yang pertama di tasik di Tasik Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

  


PADANG BESAR: Katamaran atau perahu layar lazimnya digunakan bagi aktiviti sukan air itu di laut memandang­kan ia memerlukan tiupan angin kuat untuk berlayar.

Namun apa yang menarik, dua sahabat baik, Sharifah Nadiah Wafa Syed Mohd Thalal Wafa, 34, dan Siti Nursarah Saleh­hodin, 35, mengambil inisiatif menawarkan aktiviti tersebut di Tasik Timah Tasoh di sini sekali gus menjadi satu-satunya lokasi di Malaysia menawarkan aktiviti berkenaan di tasik.

Inisiatif julung kali dilaksa­nakan oleh Hermission House Extreme Sports Club itu dapat dilaksanakan di tasik berkenaan memandangkan kawasan tersebut mempunyai tiupan angin yang bersesuaian untuk menggerakkan katamaran.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sharifah Nadiah berkata, dia bersama Siti Nursarah mengambil inisiatif menawarkan aktiviti menaiki katamaran buat pengunjung bermula Februari tahun lalu.

“Pada waktu itu, ada orang menawarkan untuk menjual katamaran kepada kami dan dari situlah timbulnya idea untuk menjalankan perkhidmatan ini di Tasik Timah Tasoh.

“Dan secara kebetulan, ayah kepada Nursarah juga sememang­nya mempunyai pengalaman luas dalam sukan pelayaran dan dia banyak memberi idea kepada kami untuk menjalankan per­khidmatan tersebut,” katanya.

Sharifah Nadiah berkata, sebelum memulakan aktiviti ber­kenaan, krew dan pihak terlibat akan memberi taklimat keselamatan terlebih dahulu kepada pengunjung yang ingin mencuba sukan itu.

Katanya, mereka juga turut menempatkan krew bersama pengunjung yang pertama kali mencuba perkhidmatan berkenaan bagi membimbing mereka untuk mengemudi katamaran berkenaan.

“Katamaran ini akan berge­rak mengikut kelajuan angin dan disebabkan itu aspek kese­lamatan amat dititikberatkan oleh pihak kami bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... aysia-layari-tasik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.423011 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list