CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Kedah] Kakak sanggup jaga adik hidap kanser lidah

[Copy link]
Post time 13-2-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Kakak sanggup jaga adik hidap kanser lidah


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Pengerusi CSM, Zuraini Kamal (kiri) menziarahi pesakit kanser lidah, Mohd Nizan Md Isa di rumahnya di Kampung Kubang Jambu, Mukim Kubang Rotan. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Alor Setar: "Selagi hidup, saya akan jaga adik lelaki yang terlantar akibat kanser lidah yang kini sudah merebak ke tahap empat," kata Siti Mariam Mat Saad, 52.

Menurutnya, adik lelaki keempat dari lima beradik, Mohd Nizan Mat Isa, 40, itu disahkan menghidap kanser lidah sejak Mei tahun lalu selepas mengalami sakit di bahagian lidah.

"Pada mulanya adik menyangka ia hanya ulser. Namun selepas mengambil ubat di klinik lebih empat bulan serta tidak sembuh, doktor mengesyaki dia menghidap kanser.

"Saya kemudian membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut namun doktor mengesahkan kanser itu sudah di tahap empat,

"Akibat kanser itu, Mohd Nizan tidak boleh bertutur dengan baik dan hanya menggunakan bahasa isyarat disebabkan bahagian mulut dipasang tiub," katanya katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Jambu, Mukim Kubang Rotan, di sini, hari ini.

Siti Mariam berkata adiknya yang masih bujang bekerja sebagai pendawai elektrik dan tinggal bersama ibu bapanya, Aishah Awang, 70, serta Md Saad Che Dan, 72, yang sudah uzur.

"Saya tinggal berasingan namun setiap hari melawat mereka. Saya akan uruskan keperluan adik termasuk memandikan dan memberi susu formula khas melalui salur tiub.

"Satu tin besar susu formula khas berharga RM90 hanya bertahan dua hari. Berat badannya yang sebelum ini 70 kilogram (kg) kini tinggal 50 kg kerana tidak boleh makan dan hanya bergantung pada susu.

"Doktor mencadangkan supaya adiknya menjalani rawatan susulan di hospital dan perutnya perlu ditebuk bagi memudahkan rawatan kemoterapi dilakukan," katanya.

Tambah Siti Mariam lagi, sejak adiknya sakit, dia tidak mempunyai sumber kewangan dan terpaksa bergantung pada adik beradik yang lain termasuk menyara ibu bapa.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 07034020035646 milik Siti Mariam.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan dapur kepada pesakit berkenaan.




Disiarkan pada: Februari 13, 2023 @ 4:00pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045634 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list