View: 5328|Reply: 78
|
"Suami Aku Polis, Boleh Kesan Mu," Gambar Tandas Kotor Viral, Wanita Berang Kelantan Dimalukan
[Copy link]
|
|
Segalanya serba daif, suasana langsung tak selesa. Itu keadaan yang dihadapi pengguna setiap kali mereka menggunakan perkhidmatan Stesen Bas Lembah Sireh di Kota Bharu, Kelantan.
Bukan sekali, malah sudah acap kali rungutan pengguna tentang terminal bas sementara itu tular di media sosial sehingga ia mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhammad turut berkongsi dua keping foto, memaparkan suasana dalam tandas di stesen bas itu yang kotor dan tidak terurus.
"Tandas stesen bas Kota Bharu. 50 sen per entry," tulisnya ringkas pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun sehari selepas perkongsian itu dibuat, pemilik Facebook itu mendedahkan dia menerima mesej ugutan daripada seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan posting berkenaan.
"Kena maki dan ugut. Apa la, macam-macam," tulisnya ringkas sambil berkongsi beberapa tangkap layar mesej ugutan yang diterima menerusi Facebook Messenger.
Dalam tangkap layar itu, seorang wanita memberi amaran kepadanya agar tidak menularkan isu stesen bas berkenaan yang dianggap sebagai satu aib buat negeri Kelantan.
"Apa masalah kau! Aku viral kau nak? Perlu ke nak viral tandas stesen bas Tesco (Kota Bharu)?
" uas hati cakap depan. Tak payah viral. Macam tandas rumah kau bersih sangat. Alah tandas Pasar Siti Khadijah lagi kotor. Tak ada pula kau nak viral.
"Marilah (jumpa depan). Takut tu. Manusia ni reti viral. Kalau kau Islam, tak akan (buka) aib orang," tulis individu itu.
Dalam satu lagi tangkap layar yang tular, wanita berkenaan mendakwa dia merupakan penjawat awam, manakala suaminya bekerja sebagai anggota polis.
"Aku kerja kerajaan, tak ada perangai macam kau ni. Suami aku polis. Boleh kesan mu ni. Nak viral kau ni," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar wanita itu kerana bersikap biadab terhadap pemilik Facebook berkenaan.
"Suami polis ya. Minta nombor badan. Meh (mari) kita report kat ketua balai mahupun ketua polis. Salah guna kuasa.
"Tulis pun macam orang tak sekolah, Kalau suami kau polis, so what? Lesen maki orang ke?
"Tulisan bersepah menandakan level kemampuan akal dia. Block sahaja tuan," tulis beberapa netizen.
Dalam satu lagi posting berlainan, Muhammad mendedahkan wanita itu telah memohon maaf selepas tangkap layar mesej terdahulu tular di Facebook.
"Tak apalah awak. Maaflah pasal kasar tadi. Assalamualaikum. Ni saya mesej awak lagi, viral pula kan?" ujar wanita itu.
Menurut Muhammad lagi, dia menyimpan tangkap layar mesej wanita itu sebagai bukti dan bersedia membuat laporan polis jika keadaan memaksa.
"Sekadar letak sini. Sebagai bagi hint, ugutan dia, gambar dia, saya screenshot dah. Kalau ada keperluan dan masa, saya repot polis la.
"Marah sungguh kat saya. Panjang lagi mesej dia. Saya tunjuk sebahagian saja," jelasnya di ruangan komen.
Sebagai peringatan, sebarang perkongsian atau penyebaran kandungan palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
syg betul dia dgn jamban kotor tu |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahah aib buat kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Motif dia dok bekap jamban kotor?
Misteri jugak ni.  |
|
|
|
|
|
|
|
Set2 ni kalo salah paham sikit mesti nak cakap " kalo xpuashati meh la jumpa.. Aku tunggu kat sekian2 blabla"
Sembang mcm berani sgt padahal kalo jumpa dia usung kawan sekampung, xde nye nak jumpa sorang  |
|
|
|
|
|
|
|
Ore tino kelantam supo gini kah? |
|
|
|
|
|
|
|
ajak jumpa untuk apa, dah mmg toilet kotor kan, marah kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 13-2-2023 04:48 PM
Ore tino kelantam supo gini kah?
Ye... ramai camni.. pengotor trait is in their blood |
|
|
|
|
|
|
|
Ke dia yg jaga toilet kotor tu.
Bkn takut tersebar aib, tp tersebar yg dia xbuat keje |
|
|
|
|
|
|
|
SSKJP
sek
sek
klate
jange
pecoh |
|
|
|
|
|
|
|
sek sek kotor jambe pechoh

|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 13-2-2023 05:58 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Terimalah kenyataan kak oi..tandas kita kotor ..orang kita malas nak flush...berak merata rata |
|
|
|
|
|
|
|
keantan memang tak bersih kan. baik tandas, baik rumah, pempuan laki memang pengor yang bukan sikit2 |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik. Dia penjaga jamban ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel dan homestay belah kelantan dan terengganu agak kotor jugak. Tandas dia pun boleh buat aku jadi sembelit kalau pergi sana. Housekeeping dia buat ala kadar sebab tu pun dah tahap terbaik bagi diorang ke apa. Pelik2 aje. |
|
|
|
|
|
|
| |
|