CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 1

[Tempatan] Hannah kecam kata-kata perkauman

[Copy link]
Post time 13-2-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Hannah kecam kata-kata perkauman

https://www.bharian.com.my/berit ... kata-kata-perkauman

Oleh Irwan Shafrizan Ismail - Februari 13, 2023 @ 11:44am
[email protected]


SUBANG JAYA, 27 Jan -- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bercakap pada sidang media mengenai penganjuran acara sukan bermotor Malaysia di Speedway Plus Karting Circuit hari ini.

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya ucapan berbaur perkauman dan pertikaian agama dibangkitkan seorang bekas pemain badminton negara yang tular di media sosial.

Beliau menerusi ciapan di Twitter hari ini memaklumkan, semakan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapati individu terbabit bukan lagi atlet negara, sebaliknya bekas pemain pelapis percubaan BAM pada 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia.

"Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan, walaupun beliau sudah meminta maaf.

"Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.


"Saya ulangi pendirian, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara adalah sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing," katanya.

Ciapannya itu susulan kekesalan orang ramai terhadap kenyataan rasis dibuat individu terbabit yang tular sejak dua hari lalu, selepas perkongsian video dibuat seorang pemilik akaun di Tik Tok.


Pemilik akaun memaklumkan menerusi terjemahan, individu terbabit dikenali Bong Guang Yik yang menjadi jurulatih badminton di China didakwa berkata, dalam Malaysia Open (Terbuka Malaysia) tiada pemain Malaysia ke pusingan akhir.

"Yang ini masalah pemain atau BAM. Masalah yang paling teruk ialah BAM. Saya rasa ini sebab Melayu yang jadi management (pengurusan) BAM," katanya.

Sebelum ini, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini susulan memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

Hanis sebelum ini mengakui memuat naik ciapan komen 'bau best la kat dalam tu' berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert yang dimuat naik oleh sebuah portal berita.

Ciapan itu dibuat menyusuli komen netizen lain pada muat naik berkenaan.

Hanis menegaskan tidak mempunyai sebarang sentimen perkauman ketika memuatnaik ciapan yang sekadar jenaka dan merujuk kepada keadaan stadium dipenuhi puluhan ribu penonton.

Ekoran daripada teguran itu, Hanis memadam komen berkenaan pada 29 Januari dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman media sosialnya ekoran kekhilafan itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2023 09:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.681383 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list