View: 659|Reply: 6
|
Tak Rela Digelar Janda, Ramai Wanita Lebih Sanggup Hidup Merana Asalkan Ada Suami
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Janda antara gelaran paling digeruni para wanita terutama yang bergelar isteri sehinggakan mereka dikatakan sanggup hidup merana daripada kembali solo.
Menurut Kosmo, mereka tidak kisah diabai atau dianiaya zahir dan batin oleh si suami daripada malu hidup dengan menjanda.
Dakwa mereka, kehidupan solo akan berdepan pelbagai rintangan terutama menjadi bahan bualan sekeliling selain terpaksa berkorban wang sendiri bagi membesar anak-anak.
Seorang eksekutif syarikat swasta yang mahu dikenali sebagai Ariana, 45, berkata, status janda adalah perkataan paling ditakutinya dan rela menelan kepahitan rumah tangga.
 Gambar Hiasan
Akuinya, dia tidak sanggup dilabel sebagai janda dalam usia menjengah lima abad kerana perkara itu akan membuatkan martabat seorang wanita dipandang enteng oleh masyarakat di sekeliling.
“Biarlah saya merana sampai ke tua daripada bergelar janda pada usia mencecah 50 tahun. Perasaan malu kepada masyarakat dan keluarga menghantui diri sekiranya berstatus janda ketika tiga anak berusia 16, 14 dan 12 tahun semakin meningkat dewasa.
“Pada usia sebegini, saya sudah tahap biarlah ia dipendam dan dilalui seorang diri apa yang berlaku.
Anak-anak pun sudah boleh menilai mana baik dan buruk. Tidak mungkin saya hendak pilih menjanda sedangkan anak-anak masih memerlukan kasih sayang ibu dan ayah mereka,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi suri rumah yang mahu dikenali sebagai Aina, 40, pula mengakui, dia tidak mahu bergelar janda dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan memaksanya terus bertahan walau perit.
“Banyak perkara yang perlu difikir apabila hidup berstatus tunggal terutama mempunyai bilangan anak yang ramai. Masalah berlaku hanya melibatkan saya dan suami, bukan anak-anak.
“Di situ, saya fikir, selagi boleh bersabar dan bertahan, kita redah sahaja demi masa depan anak-anak. Emosi mereka (anak-anak) akan terganggu jika ibu dan ayah tidak lagi tinggal sebumbung,” jelasnya yang mempunyai tiga cahaya mata berusia empat, 10 dan 14 tahun. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Greentea grinning..." cukupler sekali aku ghaser perit jeringau jadi janda walau buat seketika....."
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni sng klau laki nak brmadu, bini rela. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke nk tanggung anak org lain yg mana bapak dia masih lg hidup??
Baik ko cari je la pompuan single atau janda yg takde anak
Selama ni takde beban, tetibe lps kawen janda ada anak, bertambah komitmen sbb kene feed another man's sperm? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pulak camtu ya. ramai je pompuan lepas jadi janda meletup2 duit tak habis kat biawak, kalau berniaga nasi lemak pun ramai yg nak beli
kalau nak jadi janda ni mmg emosi kena stabil, support sistem kena ada, kalau tak dah puluh tahun cerai pun meroyan teringat jantan  |
|
|
|
|
|
|
| |
|