CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[REALITI TV] Aina Abdul menang besar, rangkul juara AJL37, Vokal Terbaik

[Copy link]
Post time 13-2-2023 07:03 AM | Show all posts |Read mode


MIMPI Aina jadi nyata apabila menang besar dalam AJL37.

Aina Abdul menang besar, rangkul juara AJL37, Vokal Terbaik

KUALA LUMPUR – Tuah teryata milik penyanyi Aina Abdul apabila lagu Terus Hidup nyanyian dan ciptaannya mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya Aina itu sekali gus melayakkan penyanyi itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Naib juara AJL37 menjadi milik lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Sonaone dan Joe Flizzow yang dicipta sepenuhnya oleh kedua-dua penyanyi itu. Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.



JOE dan Sona One menang tempat kedua dengan lagu Satu Malam Di Temasek.

Lagu yang memenangi tempat ketiga pula menjadi milik Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.

Untuk dua tahun berturut-turut, pemenang bagi kategori vokal terbaik menjadi milik penyanyi Aina Abdul, kali ini menerusi Terus Hidup edisi ke-36 menerusi Sepi. Kemenangan tersebut melayakkan Aina membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM12,000 beserta trofi.



ALIF Satar & The Locos menang tempat ketiga AJL37 menerusi lagu Anugerah Terindah.
Bagi kategori persembahan terbaik pula, hasil daripada undian penonton membuahkan rezeki buat penyanyi Shiha Zikir yang menyampaikan lagu Irama apabila diumumkan sebagai pemenang sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 beserta trofi.


BATUK dan sakit tekak bukan penghalang Shiha untuk pulang dengan trofi Persembahan Terbaik AJL37.
Untuk edisi AJL37, penaja utama Alha Alfa Cosmetic turut berbesar hati apabila meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang dimenangi oleh Khai Bahar.

Kemenangan tersebut melayakkan Khai yang membawakan lagu Sengsara membawa pulang wang tunai RM12,000.

AJL37 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan pengacara pelakon popular Sherry Alhadad dan Jihan Muse.

Malam kemuncak AJL37 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi Azlan and The Typewriter, Wany Hasrita, The Fam, Kaka, Syamel, Waris, Tuju dan Loca B.

Persembahan penutup pula diserikan dengan persembahan oleh tiga kumpulan hebat merentasi tiga zaman, Blues Gang, Exist dan Masdo.

Edisi ke-37 AJL diadili 10 juri profesional iaitu Datuk Mozhani Ismail selaku ketua juri, Noryn Aziz, Damian, Ad Samad, Khir Rahman, Datuk Acis, Altimet, LY, Jari dan Azlan Abu Hassan.

Membawakan tema ‘Dimensi Muzik’, AJL37 menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. – KOSMO! ONLINE


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.260150 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list