CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 1

[Perlis] Perlis harap kerajaan Pusat dapat lulus peruntukan projek skala besar negeri

[Copy link]
Post time 12-2-2023 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-2-2023 06:31 PM

Perlis harap kerajaan Pusat dapat lulus peruntukan projek skala besar negeri


Oleh Aizat Sharif - Februari 12, 2023 @ 4:17pm bhnews@bh.com.my







KANGAR: Kerajaan negeri Perlis berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat meluluskan peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam melaksanakan 80 projek berskala tinggi di negeri itu selaras dengan konsep Malaysia Madani yang diterapkan ke seluruh negara pada masa kini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata pihaknya melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) ada memohon peruntukan berkenaan untuk pelaksanaan projek itu.

"Peruntukan itu bertujuan bagi memastikan segala pelaksanaan pembinaan prasarana dapat dilaksanakan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat negeri ini.

"Kita berharap, permohonan itu dapat diluluskan selaras dengan konsep kerajaan Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya rasa tiada masalah untuk Perdana Menteri meluluskan semua permohonan itu bagi memastikan, kesejahteraan rakyat negeri ini tidak ketinggalan dari segi prasarana dan kemudahan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Rehlah Keluarga Syarikat Air Perlis (RAKERSAP) di Tangki Air SAP Anak Chelong, Bukit Ayer, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Exco Kemudahan dan Prasarana, Izizam Ibrahim, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Razali Saad dan Ketua Pegawai Eksekutif SAP, Dr Mohmad Asari Daud.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri turut mengulas masalah bekalan air di negeri itu yang sering menjadi permasalahan utama rakyat sejak bertahun lamanya dan turut berharap, masalah bekalan air itu dapat diselesaikan selepas ini menerusi beberapa langkah dan usaha dilaksanakan oleh SAP.

Mohd Shukri berkata, pihaknya melihat bayaran tunggakan bil air penduduk di negeri itu mampu membantu melancarkan operasi SAP dalam memastikan orang ramai dapat menikmati bekalan air bersih mencukupi.

"Saya menyeru agar semua pihak dapat selesaikan bayaran tunggakan mereka dengan segera dan pastikan tiada tunggakan bil yang begitu banyak.

"Selain itu, kita dan SAP sedang memantau rapat masalah air tidak berhasil (NRW) selain beberapa punca sudah dapat dikenal pasti menyebabkan berlakunya isu itu.

"Sekiranya semua masyarakat dapat melaporkan segera kejadian paip pecah, ia dapat membantu dalam menyelesaikan isu NRW ini dengan seberapa segera," katanya.

Terdahulu, Mohd Shukri bersama-sama kakitangan SAP, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta aktivis badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, hadir melakukan gotong-royong di sekitar kawasan rumah pam tangki air SAP di Anak Chelong, Bukit Ayer, di sini.

Katanya, aktiviti gotong-royong itu adalah usaha baik yang turut mendapat kerjasama daripada kakitangan SAP serta sukarelawan luar antaranya dari Pulau Pinang, Pahang dan Selangor.




Mohd Shukri (tiga dari kanan) melihat Hasnol menanam benih pokok kelapa pada Program Rehlah Keluarga Syarikat Air Perlis (RAKERSAP) di Tangki Air SAP Anak Chelong, Bukit Ayer, Kangar. - Foto NSTP/Aizat Sharif











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2023 06:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.251029 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list