View: 6672|Reply: 93
|
[Tempatan]
Ada yang makan ikan bandaraya, siap masak sambal?
[Copy link]
|
|
'Pembunuh' bawah air
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0211rsikan_1676174422.jpg)
Pegawai Jabatan Perikanan Malaysia membawa ikan bandaraya atau dikenali namanya Hypostomus Plecostomus yang berjaya ditangkap di Sungai Keyoh, Bukit Jalil berikutan lambakan ikan tersebut yang boleh merosakan habitat dan ekosistem didalam sungai tersebut. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Perosak ekosistem sungai
Kuala Lumpur: Memiliki daya survival yang tinggi dan mampu hidup dalam air kotor dengan memakan hidupan yang ada di dasar sungai sekali gus mengancam ekosistem.
Itu sifat ikan bandar raya yang dilarang dibuang ke dalam perairan umum seperti sungai kerana spesies terbabit juga didakwa memakan telur ikan lain.
Justeru, kemunculan spesies ikan bandar raya yang kini membiak secara berleluasa di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil, dekat sini, dikhuatiri akan merosakkan ekosistem sungai itu.
Ikan bandaraya atau nama saintifiknya Hypostomus Plecostomus kebiasaannya bersaiz kecil, namun kini boleh ditemui dengan saiz besar sehingga seberat lebih 600 gram (g).
Situasi itu turut menjejaskan sumber tangkapan orang ramai yang menjadikan sungai berkenaan sebagai 'lubuk' rezeki ikan tilapia dan puyu sejak beberapa tahun lalu.
Peminat ikan air tawar, Mohd Nur Badri Mat Sidik, 44, berkata, dia aktif menjala di sungai berkenaan sejak setahun lalu dan mula menyedari kehadiran ikan bandaraya kira-kira dua bulan lalu apabila ikan tilapia dan puyu dilihat semakin kurang.
Menurutnya, kebiasaannya dia mampu memperolehi antara dua hingga tiga kilogram ikan sungai itu setiap kali menjala, namun kini hanya mendapat 10 hingga 15 ekor saja iaitu tidak sampai dua kilogram.
"Sungai Kuyoh memang banyak tilapia dan puyu, malah turut menjadi port kaki pancing juga. Dulu memang jarang jumpa ikan bandaraya, kalau ada sedikit sangat dan saiz juga kecil.
"Tetapi sekarang boleh kata beberapa sungai di sini (Bukit Jalil) sudah banyak ikan bandaraya, malah ikannya juga lebih besar.
"Baru-baru ini saya menjala di Sungai Kuyoh dapat 14 ekor ikan bandar raya dalam sekali tebaran, kalau puyu dan tilapia dapatlah seekor dua," katanya ketika ditemui di sungai berkenaan.
Menurutnya, dia selalu menjala ikan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta mendapati ikan bandar raya semakin banyak membiak di beberapa sungai, malah pemancing juga kerap dapat ikan itu dengan umpan dedak dan roti.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Info_Bandaraya_1676174434.jpg)
"Selain Sungai Kuyoh dan Sungai Midah di Bukit Jalil, ikan bandar raya juga ada di Sungai Gombak dan Sungai Klang; Sungai Langat, Dengkil; Sungai Air Keroh, Selayang serta Sungai Damansara dan Sungai Renggam, Shah Alam.
"Spesies ikan bandar raya yang ditemui adalah bersaiz besar dan di Sungai Kuyoh saja, saya dapat yang bersaiz 50 sentimeter (sm) seberat kira-kira 600g hingga 1.2 kilogram, malah paling besar pernah dapat di Sungai Gombak iaitu 53 sm," katanya.
Menurutnya, ikan bandar raya membawa masalah kerana merosakkan ekosistem sungai dan paling membimbangkan apabila hidupan air akan berkurangan sekali gus dikhuatiri pupus.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0211rsikann_1676174426.jpg)
Rupa saja ngeri tapi isinya sedap
Biarpun ikan bandar raya memiliki 'wajah' menakutkan, namun isinya dikatakan sedap kerana mempunyai keunikan tersendiri.
Peminat ikan air tawar, Mohd Nur Badri Mat Sidik, 44, berkata, ramai yang beranggapan ikan itu tidak boleh makan, namun ia bergantung kepada individu terbabit sama ada mempunyai selera atau sebaliknya.
"Rupanya memang tidak seperti ikan lain, malah kulit ikan bandar raya juga lebih tebal hingga agak sukar disiang tetapi isinya sedap juga.
"Ikan bersaiz besar isinya lebih kenyal, manakala yang bersaiz kecil isinya lembut, malah baunya juga kurang hanyir dan boleh dicuci seperti biasa dengan air.
"Rupa saja ngeri, tetapi rasanya sedap terutama jika dimasak sambal. Saya juga sudah lebih 20 kali makan ikan itu yang dimasak kari, burger, sambal dan pekasam. Dagingnya berwarna kemerahan," katanya yang juga pencipta kandungan di YouTube.
Katanya, tidak dinafikan ada juga individu yang geli dan tidak lalu makan ikan bandar raya kerana ikan disifatkan 'pencuci' itu juga memakan lumut, malah ada mendakwa ia akan makan bangkai dan logam.
Bagaimanapun, menurutnya, ikan itu memakan alga saja dan sebenarnya tidak makan benda lain berdasarkan maklumat daripada kenalannya yang juga penyelidik.
"Alhamdulillah, setakat ini semua baik dan tiada apa-apa kesan selepas makan ikan itu.
"Tetapi bagaimanapun pembiakan populasi ikan ini memang tak bagus untuk ekosistem sungai kita, lebih-lebih lagi jumlahnya terlalu banyak," katanya.
Bercerita lanjut, Mohd Nur Badri berkata, dia juga selalu berkongsi aktiviti memancing dan menjala ikan di akaun YouTube miliknya, Dunia Badol sejak hampir tiga tahun lalu.
"Saya memang minat aktiviti menjala yang mana ikan itu untuk makan sendiri dan dibuat pekasam untuk dijual. Saya mula aktif menjala sejak 15 tahun lalu dan ketika itu ikan bandar raya memang jarang ditemui," katanya.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0211rsikannnn_1676174430.jpg)
Pegawai Jabatan Perikanan Malaysia memasang pukat bagi menangkap ikan bandaraya atau dikenali namanya Hypostomus Plecostomus di Sungai Keyoh, Bukit Jalil berikutan lambakan ikan tersebut yang boleh merosakan habitat dan ekosistem didalam sungai tersebut. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Komited buat 'pemutihan' ikan pendatang
Ikan bandar raya atau lebih dikenali 'plecos' adalah spesies ikan pendatang yang boleh ditemui di habitat air tawar seluruh dunia termasuk Malaysia.
Pengarah Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya Suhanah Kassiron berkata, ikan itu berasal dari Amerika Selatan dan mula diperkenalkan di negara ini sekitar 1970-an kepada peminat ikan hiasan air tawar.
Menurutnya, ia terkenal dengan panggilan ikan bandar raya kerana tabiatnya gemar membersih dan memakan alga yang melekat pada kaca akuarium serta sisa makanan haiwan lain yang terjatuh.
"Ikan itu mempunyai ciri omnivor atau ikan pemakan alga. Ia mempunyai kadar pembiakan yang pantas, jangka hayat sepanjang lima tahun dan daya tahan tinggi terhadap persekitaran yang tercemar.
"Ia juga mampu membesar sehingga 50 sentimeter (sm) dan ditambah pula dengan perisainya yang sukar ditembusi oleh haiwan pemangsa membolehkannya membiak dengan bebas dan mendominasi banyak sungai seperti Sungai Gombak, Sungai Langat (Selangor), Sungai Perai (Pulau Pinang) dan Sungai Skudai (Johor)," katanya.
Suhanah berkata, ikan Plecos dan spesies asing lain yang bersifat dominan mampu bertahan dalam keadaan air yang tercemar.
"Justeru, populasi mereka tidak mudah pupus, malah mengurangkan bilangan ikan air tawar lain yang ada di perairan umum kita," katanya kepada Metro Ahad.
Beliau berkata, susulan itu, pihaknya mengambil tindakan segera mengenai kemunculan spesies itu di Sungai Kuyoh dengan mengadakan Program Inventori dan Pemantauan Ikan Asing selama dua hari bermula kelmarin
Katanya, seramai tujuh pegawai Pejabat Perikanan Wilayah Kuala Lumpur/Putrajaya dan Ibu Pejabat Jabatan Perikanan turun ke lapangan untuk mengumpul maklumat dan data spesies ikan larangan di sekitar Sungai Kuyoh.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/02/935198/pembunuh-bawah-air
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendatang ikan asing tanpa izin?
|
|
|
|
|
|
|
|
biawak pun org makan ni kan pula ikan bandaraya??? |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai? Lebih kepada longkang besar. Selera pula korang makan ikan longkang besar ni ya. ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ikan ubi lagi buruk rupa . Tapi mahal yach |
|
|
|
|
|
|
|
Raline replied at 12-2-2023 03:24 PM
omg . dia turun kat longkang busuk tu hahaha
tapi bro tu claim ikan tu dah hantar lab, tkde logam merbahaya . Selamat utk dimakan. Katanyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d7/Oxyel_marmor_080425_7661_tdp.jpg/1200px-Oxyel_marmor_080425_7661_tdp.jpg)
baru taw ada ikan ni ![](static/image/smiley/default/2.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 12-2-2023 03:28 PM
Sungai? Lebih kepada longkang besar. Selera pula korang makan ikan longkang besar ni ya.
ikan dory yg frozen tu lagi teruk keadaan habitat dia kat vietnam sana… tapi selera sungguh i tengok semua org makan fish & chip, & fish finger etc. even filament crabstick pun pakai isi dory vietnam . & ada je rumours kata kononnya dory vietnam tak brp selamat utk dimakan. ntah la i pun tak tahu malas kaji sbb tak suka sgt makan frozen dory @ crabstick ke apa .. Lagi suka ikan fresh |
|
|
|
|
|
|
|
x selera.....![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Raline replied at 12-2-2023 03:38 PM
baru taw ada ikan ni
Boleh cecah rm100 sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 12-2-2023 03:30 PM
ikan ubi lagi buruk rupa . Tapi mahal yach
iol rela pegang ikan ubi dari ikan ni
iols.pernah bela kedua2 dan iols geli nak oegang bandaraya warna merah tu. iols.lepas dia dlm tasik permaisuri selepas pindah rumah
entah beranak cucu dah ke sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 12-2-2023 04:02 PM
iol rela pegang ikan ubi dari ikan ni
iols.pernah bela kedua2 dan iols geli nak oegang bandaraya w ...
haaaa u salah sorang yg lepaskan ikan merbahaya kpd ekosistem![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif)
halu pulis tangkap ini worang |
|
|
|
|
|
|
|
Raline replied at 12-2-2023 03:27 PM
gaya mcm komando je...
Komodo atau komando??![](static/image/smiley/biggif/gif_deepika.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
geli la tgk muka dia..hidup dlm longkang pulakk tu..btw i makan ikan bilis jer![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Power bang badol dah masuk berita |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 12-2-2023 04:02 PM
iol rela pegang ikan ubi dari ikan ni
iols.pernah bela kedua2 dan iols geli nak oegang bandaraya w ...
Patutlah makin membiak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 12-2-2023 04:04 PM
haaaa u salah sorang yg lepaskan ikan merbahaya kpd ekosistem
halu pulis tangkap ini ...
zaman dulu dia sejenis ikan cuci akuarium
iols manalah tahu ia merbahaya kpd ekosistem..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada 1 lagi binatang yg rosakkan ekosistem.. red-eared slider - kura2 hijau |
|
|
|
|
|
|
| |
|