CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Kedah] Tiga kampung di Changlun dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 12-2-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Tiga kampung di Changlun dilanda banjir kilat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 12, 2023 @ 7:34am bhnews@bh.com.my




Anggota APM Kubang Pasu melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di tiga kampung di Changlun.- Foto NSTP/Ihsan APM




JITRA: Tiga kampung di kawasan Changlun dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda pada Jumaat lalu.

Setakat ini, paras air di Sungai Laka dilaporkan sudah melepasi tahap bahaya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata antara kampung yang dinaiki air adalah Kampung Paya Nongmi, Kampung Belakang Sekolah dan Kampung Nang Mah di Mukim Temin.

Beliau berkata, hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di daerah itu kelmarin menyebabkan peningkatan paras air di Sungai Laka dan Sungai Tanjung Pauh.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan yang terjejas banjir.

"Bacaan terkini paras air Sungai Laka adalah 22.08 meter yang melepasi tahap bahaya manakala bacaan paras Sungai Tanjung Pauh pula melepasi tahap waspada iaitu 4.49 meter," katanya.

Berikutan itu katanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu melakukan pemantauan di
sekitar kawasan yang dinaiki air untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Selain itu, Mohd Adenin berkata, paras air sungai lain di daerah itu adalah terkawal setakat ini malah anggotanya kini dalam keadaan berjaga-jaga.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan terjejas banjir kilat supaya berhati-hati dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya paras air terus meningkat.

"Laporan lanjut berhubung banjir kilat akan menyusul dari semasa ke semasa," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053119 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list