CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Kedah] Tempoh reman pekerja bunuh majikan disambung

[Copy link]
Post time 11-2-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Tempoh reman pekerja bunuh majikan disambung

oleh   NURUL HIDAYAH HAMID  11 Februari 2023   05:59pm






Laporan Sinar Harian pada 5 Februari 2023




ALOR SETAR - Seorang pembantu tukang masak yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh majikannya di sebuah restoran di Jalan Stadium, di sini disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tempoh reman ke atas suspek disambung sehingga 16 Februari ini.

"Tempoh reman selama tujuh hari ke atas suspek sebelum ini berakhir hari ini (Sabtu).

“Reman disambung bagi membolehkan siasatan terhadap kes tersebut diteruskan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pemilik restoran meninggal dunia selepas bertengkar dengan pekerjanya dalam satu kejadian di Jalan Stadium,di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, berlaku pergaduhan kecil antara kedua-dua lelaki masing-masing berusia 68 tahun dan 55 tahun akibat satu perselisihan faham.

Perselisihan faham itu dipercayai tercetus antara anak mangsa dan isteri suspek yang marah kerana anak pemilik restoran itu menuang air bilasan pinggan ke dalam bekas peralatan yang telah pun dicuci.

Anak mangsa dan suspek cuba meleraikan pergaduhan namun suspek dikatakan sempat melepaskan tumbukan beberapa kali di muka mangsa.




Mangsa yang masih sedar tiba-tiba rebah sebelum anaknya menghubungi ambulans namun pegawai perubatan yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.355651 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list