CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Kedah] Kecurian REE berulang: Kerajaan negeri didakwa tidak serius

[Copy link]
Post time 11-2-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Kecurian REE berulang: Kerajaan negeri didakwa tidak serius

oleh    ROSLINDA HASHIM  11 Februari 2023   04:21pm






Shaiful Hazizy




ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah didakwa tidak serius menangani isu pencerobohan unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik berikutan kes kecurian masih berulang.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin turut mempersoalkan sikap berdiam diri kerajaan negeri dalam menangani isu berkenaan yang dilihat seolah-olah cuba ‘melindungi’ aktiviti perlombongan haram tersebut.

Menurutnya, tangkapan terbaharu Selasa lalu melibatkan 52 pekerja asing disyaki melakukan penerokaan REE secara haram sangat mengecewakan rakyat Kedah.

“Kita kecewa terhadap kaedah yang digunakan kerajaan negeri dalam menjaga sumber bumi negeri ini,” katanya di sini pada Sabtu.

Shaiful Hazizy berkata, kecurian yang berlaku sekian lama dalam skala besar menggambarkan kelemahan seluruh jentera penguatkuasaan undang-undang dalam mengawal sumber alam bernilai tinggi itu, sama ada di peringkat kerajaan negeri, pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Perhutanan serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Lebih mengecewakan sebelum ini, kes kecurian REE hanya disedari Muhammad Sanusi setelah berlaku kemalangan lori membabitkan mineral itu yang dicuri.

“Namun amat dikesali apabila seorang sahaja dihukum dan dikompaun RM500,000 oleh PTG Kedah dan RM130,000 oleh Jabatan Perhutanan Kedah, sedangkan hasil dicuri dalam tempoh tersebut cecah jutaan ringgit,” katanya.

Pihaknya turut mempersoal hukuman yang dikenakan apabila hanya seorang penceroboh warga China yang ditangkap sebelum ini, dikenakan kompaun kecil dan tidak dikenakan tindakan mahkamah.




“Tindakan itu menunjukkan seolah ada pihak cuba melindungi sindiket terbabit daripada dikenakan tindakan undang-undang, secara tak langsung jenayah curi REE ini dibiarkan terus berlaku susulan daripada tindakan undang-undang yang lemah.

“Saya percaya kumpulan warga asing ini kini ‘terlajak berani’ sehingga berkali-kali melanggar undang-undang, menggunakan puluhan tenaga buruh, jentera berat yang mahal seolah tidak takut jika disita pihak berkuasa kerana kemungkinan mereka mendapat ‘lesen besar’ daripada pihak tertentu,” ujarnya lagi.

Shaiful Hazizy mendakwa, situasi itu dilihat memberi ruang yang selesa dan kondusif kepada penceroboh untuk mencuri lebih banyak mineral REE sebelum dihantar semula ke China.

“Mengapa Muhammad Sanusi kelihatan tergesa-gesa menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan empat bulan lalu, mengapa sebuah syarikat berpangkalan di China menjalankan kerja-kerja penerokaan di tapak itu?

“Tindakan itu secara tidak langsung menggalakkan aktiviti perlombongan REE dilakukan walaupun tanpa prosedur operasi standard (SOP) daripada kementerian berkaitan di peringkat Persekutuan,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Shaiful Hazizy turut mencabar Muhammad Sanusi untuk menafikan pembabitan syarikat yang menandatangani MoU bersama kerajaan negeri itu tidak terlibat dengan kes pencerobohan terbabit.

Pada Selasa, seramai 52 lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) selepas disyaki melakukan aktiviti penerokaan REE secara haram di hutan simpan berkenaan.

Dalam operasi itu, JPNK turut menyita peralatan dan mesin yang digunakan untuk aktiviti terbabit.

Pada Oktober tahun lepas, media melaporkan REE di Hutan Simpan Bukit Enggang dicuri pihak tertentu sejak dua tahun lalu.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.045847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list