CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Kedah] Sistem digital kawal operasi, keselamatan pelabuhan di Langkawi

[Copy link]
Post time 11-2-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Sistem digital kawal operasi, keselamatan pelabuhan di Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Februari 11, 2023 @ 11:06am bhnews@bh.com.my




Pengerusi Langkawi Port, Nasaruddin Abdul Muttalib (kanan) dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) secara digital di Langkawi, semalam. NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Kompleks Dermaga Tanjung Lembung (DTL) di sini, kini menggunakan teknologi terkini termasuk 'artificial intelligence' (AI) atau kecerdasan buatan dalam memperkasakan tugas operasi dan keselamatan pelabuhan.

Pengerusi Langkawi Port Sdn Bhd (Langkawi Port), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk menambah baik konsep penugasan seiring dengan perubahan semasa dan kecanggihan teknologi.

"Menerusi kerjasama yang dijalin dengan CelcomDigi, penugasan operasi dan kawalan keselamatan di seluruh kawasan pelabuhan kini berada di hujung jari, mulai hari ini.

"Bagi melaksanakannya, DTL dilengkapi sembilan kamera resolusi tinggi dengan paparan digital landskap dalam usaha memantapkan kecekapan dan pemantauan," katanya pada sidang media di sini, petang semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk pertingkatkan operasi dan keselamatan pelabuhan di antara Langkawi Port dan CelcomDigi di The Westin Langkawi Resort & Spa.

Pada majlis itu, Langkawi Port diwakili Nasaruddin, manakala Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah mewakili CelcomDigi.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Langkawi Port, Muhd Nasir Abd Aziz.

Nasaruddin berkata, DTL dikendalikan oleh Langkawi Port yang juga anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah beroperasi mulai 15 November 1997.

"Sepanjang 25 tahun beroperasi, Langkawi Port berjaya merekodkan kira-kira dua juta kenderaan keluar masuk, selain mengendalikan lebih enam juta tan kargo," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045524 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list