View: 429|Reply: 0
|
Messi, Mbappe bersaing rebut anugerah Fifa
[Copy link]
|
|
MESSI (kiri) turut diberi tentangan seorang lagi penyerang Perancis, Benzema. FOTO Reuters
Zurich: Penyerang Argentina, Lionel Messi berada dalam senarai calon Anugerah Pemain Terbaik Lelaki Fifa, bersama rakan sepasukannya di Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe dan tonggak Real Madrid, Karim Benzema selepas ia diumumkan badan induk bola sepak dunia itu.
Pemenang dua kali Ballon d'Or, Alexia Putellas dari Sepanyol, penyerang England, Beth Mead dan bintang Amerika Syarikat, Alex Morgan dicalonkan untuk kategori wanita.
Bintang PSG, Messi dan Mbappe, yang bertembung di final Piala Dunia tahun lalu, bersaing dengan Benzema bagi merampas gelaran daripada Robert Lewandowski, yang memenangi anugerah itu pada tahun 2020 dan 2021.
Benzema memenangi anugerah Ballon d'Or tahun lalu susulan persembahannya bersama Real Madrid, tetapi tidak menyertai Perancis ke Piala Dunia akibat kecederaan walaupun namanya tersenarai dalam skuad yang muncul naib juara itu.
Perancang Barcelona dan Sepanyol, Putellas memenangi anugerah terbaik wanita sebelum ini dan dicalonkan sekali lagi walaupun cedera sejak Julai lalu.
Penyerang Arsenal, Mead, yang tewas kepada Putellas bagi anugerah Ballon d'Or pada Oktober, juga belum pulih daripada kecederaan lutut.
Pemenang akan diumumkan pada 27 Februari di Paris. Mereka akan diundi oleh juri-juri yang terdiri daripada jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan, serta wartawan dan peminat.
Turut ditawarkan adalah anugerah jurulatih lelaki dan wanita terbaik, penjaga gol terbaik, dan Anugerah Puskas untuk gol terbaik sepanjang tahun 2022.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rebut-anugerah-fifa |
|
|
|
|
|
|
| |
|