CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3723|Reply: 35

Tidak dibenarkan masuk, rumah peninggalan Abam dipenuhi semak

[Copy link]
Post time 10-2-2023 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Hidayah kecewa tidak dibenarkan masuk, rumah peninggalan Abam dipenuhi semak


Terasa pantas masa berlalu, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal Abam Bocey meninggalkan kita semua ke negeri abadi. Selepas pemergiaannya, banyak kisah kita dengari antara pihak isterinya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali bersama adiknya, Ali Puteh.

Malah, persengketaan antara Siti Norhidayah atau mesra disapa Dayah dan Ali yang juga pelawak dibawa ke muka pengadilan mahkamah sehingga ke hari ini.

Hidayah kecewa tak dibenarkan masuk ke rumah


Terbaharu, balu kepada Abam meluahkan kekecewaan terhadap tindakan yang dilakukan oleh ‘pihak sana’ sewaktu berkunjung ke rumah peninggalan arwah suaminya.

Isteri kepada pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali meluahkan kekecewaan sewaktu berkunjung ke rumah peninggalan arwah suaminya.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok, Hidayah memaklumkan dia berkunjung ke rumah peninggalan arwah bersama peguamnya. Namun, kehadiran mereka ke rumah berkenaan seakan tidak alu-alukan apabila ‘pihak sana’ tidak membuka pintu meskipun sudah sejam menunggu.

Apa yang membuatkan dirinya bertambah sedih apabila jelas kelihatan kasut, motorsikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salam atau keluar bersemuka.




Tambah Hidayah, dia turut sebak melihat keadaan rumah peninggalan suami yang dipenuhi dengan semak samun.



Tolong bayar RM60,000 dan serah kunci rumah

Ibu tunggal kepada seorang anak ini juga sempat merakam bukti kereta yang dipandu seseorang memasuki ke kawasan rumah berkenaan.

Dalam pada itu, Hidayah meminta orang ramai untuk menilai sendiri layanan yang diberikan oleh pihak sana selain meminta untuk menularkan video tersebut.

“Korang sendiri tengok, mereka memang tak bagi Dayah masuk rumah kami. Tengok mereka masuk ke dalam rumah tu dan korang nilaikanlah sendiri,”ujarnya.



Sementara itu, Hidayah meminta pihak sana untuk segera membuat bayaran sebanyak  RM60,000 serta menyerahkan kunci rumah seperti diperintahkan mahkamah dengan segera.


Terdahulu, adik kepada arwah Abam Bocey, Ali Puteh gagal rayuan saman fitnah dan diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kekal membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya itu.

Perkara itu diputuskan selepas pihak mahkamah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen, 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi tersebut.



Kontroversi bermula apabila Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Nor Hidayah juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. Dalam pada itu, Ali memfailkan saman fitnah terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri pada 27 Ogos 2020.

Sekadar info, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Sumber: TikTok @hidayah_hamzah
https://ohmymedia.cc/hidayah-kec ... abam-dipenuhi-semak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2023 12:22 AM | Show all posts
kesian nasib si ali baba... takde penyakit pergi cari penyakit...

dari elokkk tak payah penat nak bayar turun naik mahkamah... dah kalah pula kena bayar 60k... now harta yang di rebut pun hilang jadi hak milik orang... tu la gigih sangat nak makan reta anak yatim dan buat aniaya dekat orang...

lepastu duk tabur2 garam sendiri... dari ko tabur2 garam dan limau purut, apa kata ko tabur sekali bawang merah, serai, lengkuas, akar ketumbar dan bubuh beberapa ekor udang dan sotong... kurang2 boleh buat tomyam... ni membazir jah ko tabur kat keliling rumah tu, sebab jin dan hantu macam kau dan keluarga kau bukannya lut pun pakai garam... kena panggil wali songo baru boleh halau, macam mak lampir dulu nak mati pun payah... kepala kena penggal lepastu tanam asing2 jarak 7 sungai... kalau tidak jap lagi bersambung balik dan sambung buat onar kat masyarakat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-2-2023 12:22 AM
kesian nasib si ali baba... takde penyakit pergi cari penyakit...

dari elokkk tak payah penat nak b ...

Filem apa cite mak lampir tu sis? Meols x pernah tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 12:45 AM | Show all posts
pittjie replied at 11-2-2023 12:38 AM
Filem apa cite mak lampir tu sis? Meols x pernah tgk.

misteri gunung merapi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 01:02 AM | Show all posts
overnyer kata macam hutan...
semak sikit2 jah tu pun luar pagar tembok....

bab serah kunci tu dah ada penghakiman ke belum? kalau ada takleh ke panggil polis setelkan... nak tunggu apa jah??
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 11-2-2023 12:02 AM
overnyer kata macam hutan...
semak sikit2 jah tu pun luar pagar tembok....


xover pon memang kalau gitu dikatakan dah macam hutan. Bukan hutan as in hutan khatulistiwa atau hutan tropika sebenarlah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2023 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu mmg rumah arwah ke atau rumah family arwah? Tak ikut kisah dia. Cuma nak tahu rumah peninggalan tu mmg duduk reramai ke mcmana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 11-2-2023 01:02 AM
overnyer kata macam hutan...
semak sikit2 jah tu pun luar pagar tembok....


Kalau aku mmg ckp mcm hutan
Laman aku yg cinonet depan rumah pun aku panggil dah mcm hutan bila tak trim pokok²
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana si Ali Hitam tu songlap harta peninggalan arwah. Bukan selalu ikut faraid ke dlm pembahagian harta si mati. Sampai hati sanggup songlap hak anak saudara sendiri. Kau terima.la balasan aniaya anak yatim. Harap kau dpt cash kt dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 11:11 AM | Show all posts
starcity replied at 11-2-2023 11:06 AM
Mcm mana si Ali Hitam tu songlap harta peninggalan arwah. Bukan selalu ikut faraid ke dlm pembahagia ...

arwah mak abam dpt 1/6 bahagian kan dr reta arwah abam...yg satu bahagian tu la yg si ali ni nak susun dan rebut2kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 11-2-2023 01:02 AM
overnyer kata macam hutan...
semak sikit2 jah tu pun luar pagar tembok....


Aku tgk pun semak... Masa dayah jaga nampklah rumah. Tu yg mcm hutan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 11-2-2023 01:02 AM
overnyer kata macam hutan...
semak sikit2 jah tu pun luar pagar tembok....


Memang betul pun. Kalau dah rupa gitu pun, Ganja pun panggil dah rupa hutan. Sebab dah biasa duduk rumah bersih, rumput trim kemas. Of course la kita rasa benda tu dah jadi semak, dah macam hutan.
Eleh, kalau si dayah tu panggil polis, sah2 orang macam kau akan cakap pulak, benda kecik macam tu pun nak panggil polis. Mintak je la kunci. Dah hak kau. Begitu lah sis.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 10-2-2023 05:02 PM
overnyer kata macam hutan...
semak sikit2 jah tu pun luar pagar tembok....


itu kan bahasa kiasan
macam mak2 kalau tenguk rumah bersepah depa akan ckp ' rumah ni dah mcm tongkang pecah berseraknya '
gituuu duh!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 11-2-2023 12:38 AM
Filem apa cite mak lampir tu sis? Meols x pernah tgk.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 11-2-2023 01:56 AM
xover pon memang kalau gitu dikatakan dah macam hutan. Bukan hutan as in hutan khatulistiwa atau h ...

Ntah nya budak tu .sure gagal BM..

Kalo dah semak..semak MCM hutan laaa

Takkan semak MCM hospital..semak MCM Mall city

Tak Madani lettew

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 01:08 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 11-2-2023 11:24 AM
Memang betul pun. Kalau dah rupa gitu pun, Ganja pun panggil dah rupa hutan. Sebab dah biasa duduk ...

yang luar pagar tu bukan tanah persendirian sis... biasanya keje pbt/majlis sis kalau ada bayar cukai pintu..kalau dekat dengan sungai/parit besar bawah kuasa JPS yang potong rumput tu...
hutan la sangat takat gitu jeh... lainla menjalar naik pagar...

takpola janji dayah dpt limelight lagi ajak acik2 membawang...
walopon satu tika nan dulu benang arwah penuh dgn kutukan acik2 yg mok is awesome katanya ituuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 10-2-2023 05:02 PM
overnyer kata macam hutan...
semak sikit2 jah tu pun luar pagar tembok....


Mungkin Dayah maksudkan hutan sekunder. Dah memang ada ciri hutan sekunder persekitaran rumah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
masuk sini nak belajar BM.

perumpamaan . semak macam …….

dan belajar sains

ciri-ciri hutan sekunder bagaimana

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka ada yg bekap si susun. Dr pesbuk ke ig baru jmpa sekotol dok bekap susun tak mndi yituuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak betul benang kisah ni...
Bolehlah tepek tajuk movie ni kat sini juga...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.276871 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list