“Kalau Mydin ada Rahmah, kita ada Farhanah."
Farhanah Catering turut menyambut baik Menu Rahmah yang menawarkan harga serendah RM5 diperkenal Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup.
FB
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, setiap pelanggan Farhanah Catering berpeluang menikmati Menu Farhanah pada harga RM4.90 untuk dua sesi iaitu pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi dan waktu malam bermula 8 hingga 10 malam sehingga 10 Februari 2023 ini.
Namun, ada beberapa syarat perlu dipenuhi pelanggan untuk menikmati inisiatif Menu Farhanah.
Rata-rata netizen menyambut baik usaha yang dibawa Farhanah Catering dan mendoakan peniaga itu dimurahkan rezeki. -CARI |