CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

Jiran Suka Buang Air Kencing Dari Cermin Tingkap Rumah- Rokok, Tuala Wanita, Tisu Dan Sisa Makanan Pun Selamba Dicampak

[Copy link]
Post time 10-2-2023 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Jiran pengotor gemar membuang cecair dipercayai air kencing dari cermin tingkap rumah pada setiap pagi.


Perkara itu didedahkan oleh Valiant Khong dari Tao Payoh, Singapura di laman Facebook Complaint Singapore,


Dia turut berkongsi video memaparkan seorang jiran yang dilihat menuang satu cawan cecair berwarna kekuningan yang dipercayai air kencing keluar dari tingkap sebuah unit blok kediaman tiga tingkat.




Foto: FB




Tambah Valiant, antara bahan buangan yang sering dilontar dari tingkap termasuk puntung rokok, tuala wanita, tisu dan sisa makanan.


Valiant berkata, individu tersebut melakukan perbuatan itu setiap pagi di antara pukul 5 hingga 6 pagi.


"Terdapat kanak-kanak di kawasan kejiranan ini. Ia amat tidak bersih dan tidak sihat kebelakangan ini.


"Singapura merupakan sebuah negara maju di mata dunia. Justeru, kita perlu menghentikan pelaku daripada melakukan kesalahan yang sama.


"Saya menggesa pihak berkuasa supaya melakukan sesuatu," ujarnya.


Tambah Valiant, beberapa aduan telah dikemukakan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEW) namun tiada sebarang tindakan dilakukan sejak beberapa bulan lalu.


Menurutnya, pihak berkuasa hanya mengeluarkan surat amaran dan enggan memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu. -CARI


Sumber: mStar/ Theindependent.sg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056414 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list