View: 2136|Reply: 36
|
[Tempatan]
Sah KJ jadi DJ Hot FM
[Copy link]
|
|
Khairy akan mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama Johan, Fara dan AG, mulai 15 Februari ini. Foto Ihsan MPA
KUALA LUMPUR : Media Prima Audio (MPA) hari ini mengesahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai Rabu depan.
MPA dalam kenyataan menyebut, Khairy atau mesra dipanggil KJ akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu, mulai 15 Februari ini.
Pagi tadi, Khairy mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal.
Kenyataan MPA menyebut, minggu lalu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
MPA menambah, selaras dengan 'tagline' stesen radio Hot FM iaitu 'Yang Hangat dan Terbaik', kehadiran Khairy bersama tonggak utama Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna yang lebih menarik untuk segmen terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.
"Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.
"Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.
"Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Nazri berkata, pelantikan Khairy diharap memberi impak lebih baik kepada Hot FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.
"Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada KJ kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Bekpes Hot," katanya.
Sementara itu, Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin berkata, stesen radio itu sedang berbincang dengan Khairy untuk menampilkan pengisian hebat buat pendengar setia Hot FM dan pengikut beliau.
"Khairy ada idea untuk mewarnakan lagi segmen Bekpes Hot. Jadi, pendengar perlu nantikan kemunculan beliau bersama Johan, Fara Fauzana dan AG mulai 15 Februari ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, pendengar Hot FM boleh terus merebut peluang untuk memenangi wang tunai RM300,000 menerusi Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP).
Untuk maklumat lanjut, layari www.hotfm.audio dan dengarkan Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana, AG dan KJ setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1061808/sah-kj-jadi-dj-hot-fm |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
byak betul masa heshe smpi boleh jd dj |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 9-2-2023 02:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kena bincang isu2 yang lebih intelektual spt gobal warming dan ozone layer… |
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 9-2-2023 02:57 PM
Kena bincang isu2 yang lebih intelektual spt gobal warming dan ozone layer…
Vaccine aftermath.
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 9-2-2023 02:39 PM
Kenapa downgrade
Bukan downgrade
Taktik utk populariti tidak tenggelam
Jd dj radio kipassusahmati hari2 xkan melupakan ... Sampai next pru |
|
|
|
|
|
|
|
Wtf.. dowgrade betol KJ  |
|
|
|
|
|
|
|
Strategy nk beli hati marhaen in the long run?
Kazen serta pakcik feveret kau yg tiap2 kali dtg rumah duk jaja kejayaan kau sbg anak buah tersenyun sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih la bangun kul 4am tercongok kat konti tuh huh
Tak paham laaa yg hot fm mmg terdesak sgt dah kot ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
utk ambik kj ni, agak2 ada x melepaskan mn2 staf hotfm/media prima

|
|
|
|
|
|
|
|
kj pon dah jobless. jadi dj ok pe. dah tu takkan nak join bersatu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia sanggup buat apa saja demi populariti. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 9-2-2023 04:51 PM
utk ambik kj ni, agak2 ada x melepaskan mn2 staf hotfm/media prima
Mesti ada la kot. Gaji tah berapa nak bayar kat dia ni, mcm byk sgt duit media prima tu |
|
|
|
|
|
|
|
hot ker....
ingat gi english channel
mix ke bfm ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingerpressor at 9-2-2023 06:58 PM
anak jiran aku nye respond ..." immature reaction...stooping yourself so low in retaliation" |
|
|
|
|
|
|
|
Yasmin yusof bertahun2 kendalikan morning radio ni sheols kata mmg love hate relationship.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada segment calling2 tak....ramaila betina2 garettt akan call ni x kira golongan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|