CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Kedah] Feri kurang, tiket penerbangan mahal jangka jejas kemeriahan LIMA '23

[Copy link]
Post time 9-2-2023 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Feri kurang, tiket penerbangan mahal jangka jejas kemeriahan LIMA '23


Oleh Hamzah Osman - Februari 9, 2023 @ 10:33am bhnews@bh.com.my




Jurucakap kumpulan Penggiat Industri 13 (PI13), Datuk Norazly Rosly (tengah) berbincang dengan dua rakannya sebelum mengadakan sidang media di Kuah, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Kekurangan trip perjalanan feri dan tambang kapal terbang yang tinggi dibimbangi bakal menjejaskan kemeriahan Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang dijadual berlangsung pada Mei ini.

Perkara itu disuarakan kumpulan Penggiat Industri 13 (PI13) yang menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah yang dihadapi majoriti operator pelancongan di Langkawi ketika ini.

Jurucakap kumpulan, Datuk Norazly Rosly, berkata gesaan itu turut bertujuan memastikan industri pelancongan tempatan mendapat faedah dari penganjuran pameran berprestij itu.

"Sebagai contoh, syarikat feri telah menetapkan lima trip perjalanan sehari, tetapi pada hari tertentu hanya tiga trip sahaja beroperasi dengan alasan trip lain terpaksa dicatu akibat air cetek.

"Paling membimbangkan, sehingga hari ini tempahan tiket feri untuk Mac dan sepanjang LIMA '23 masih belum dibuka," katanya pada sidang media di LACC Kafe di Kuah di sini, hari ini.

Norazly berkata, susulan isu itu orang ramai yang berhasrat menyaksikan pameran tersohor itu kini dalam dilema untuk membuat tempahan penginapan dan urusan logistik lain termasuk kereta sewa.

Malah, katanya, isu berlarutan itu turut menjadi punca kemerosotan kemasukan pelancong ke pulau ini pada Januari lalu dengan mencatat 225,000 orang, iaitu berkurang 15,000 orang berbanding sasaran awal.

"Malah, keperitan lebih terasa apabila ada syarikat penerbangan kini mengambil kesempatan menaikkan tambang kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga RM300 sehala.

"Isu terbabit jika dibiarkan berterusan pasti membantutkan kemasukan kakitangan syarikat pempamer dari luar negara dan orang ramai yang mahu menyaksikan pameran LIMA '23 kelak," katanya.

Untuk rekod, LIMA 2019 mencatatkan 42,030 delegasi perdagangan dari 63 negara membabitkan 406 pempamer terdiri daripada syarikat tempatan dan antarabangsa.

Pameran sama turut berjaya mencatatkan rekod 240,000 pelawat untuk tempoh lima hari pameran berlangsung.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.115418 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list