CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1239|Reply: 8

Rugi Beribu Ringgit, 8 Kereta Pendaki Gunung Korbu Dan Gunung Gayung Dipecahkan

[Copy link]
Post time 8-2-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Malang nasib lapan pemilik kenderaan yang ditinggalkan di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini pada Isnin apabila kesemuanya dipecahkan dipercayai oleh suspek sama.


Lapan mangsa itu merupakan pendaki Gunung Korbu dan Gunung Gayung (Korga) dan kejadian disedari sekitar jam 3.10 petang oleh seorang malim gunung selepas selesai menjalankan aktiviti pendakian berkenaan.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa bersama beberapa rakan meletakkan kenderaan di lokasi kejadian sejak Sabtu untuk menjadi pemandu arah mendaki gunung selama tiga hari.




Tangkap layar video tular menunjukkan keadaan kenderaan milik pendaki yang dipecah.





"Selesai mendaki, lelaki berusia 49 tahun itu pergi ke arah kereta dan mendapati cermin hadapan sebelah pemandu pecah dan beg yang diletakkan di bawah kerusi telah hilang.


"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian hampir RM2,500. Kejadian adalah kali pertama berlaku sepanjang mangsa menjadi pemandu arah gunung kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.


Beliau berkata, seorang lagi mangsa lelaki berusia 53 tahun turut kehilangan beberapa barangan termasuk wang tunai RM1,000 dan telefon bimbit.


"Dalam kes ini, terdapat lebih kurang lapan kenderaan dipecahkan cermin dan disyaki dilakukan oleh suspek yang sama.


"Bagaimanapun, sehingga kini hanya dua mangsa tampil membuat laporan polis," katanya.


Katanya, selain jauh dari pondok pengawal, lokasi itu juga jauh dari penempatan penduduk dan tiada kawalan keselamatan di tempat kereta diletakkan.


"Siasatan lanjut dilakukan bagi mengesan suspek terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.


Kejadian itu tular di media sosial selepas satu video dimuat naik di Twitter menunjukkan keadaan kenderaan yang dipecah serta barang-barang dalam kenderaan yang dicuri.


Difahamkan semua kenderaan itu diletakkan oleh pendaki di kawasan lapang tanah rata berdekatan dengan perkampungan Orang Asli sebelum memulakan pendakian.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasang je dashcam ada parking mode tinggalkan sehari dua.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:09 PM | Show all posts
beraninya letak barang dalam kereta bila kau dah tau nak tinggal kereta beberapa hari..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tengok video kat YT
Terpencil sangat
Laluan orang asli dan pekerja
Bila jadi macam ni
Komen2 netizen rata2 tuduh orang asli
Kesian deme

Padahal kenapa parking situ
Upahlah orang asli tu jagakan
Ini main tinggal dalam semak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 07:11 PM | Show all posts
budak opis aku cakap
org asli yang buat
bila tanya bukti
bagi alasan
'situ kawasan orng asli. orang lain tak datang situ or duduk situ. dulu i pergi hiking pun org asli datang cuti ration kat camp site'
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 8-2-2023 07:11 PM
budak opis aku cakap
org asli yang buat
bila tanya bukti

Kawasan tu pun katanya dekat dgn construction site pembinaan empangan bawah lembaga air perak. Hanya penduduk kg, org yg keje site & hikers yg ade kebenaran je boleh akses. Aku dulu gi ke starting point gunung ni naik 4wd. Kete park kat kwsn bandar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku park dlm PGA ulu kinta tu terus....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 08:15 PM | Show all posts
ko tinggalkan segala duit, phone, barang berharga dalam kereta yang ko nak tinggalkan banyak hari?  aduhai…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 09:27 PM | Show all posts
Pencuri dah plan lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067528 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list