CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 6

Perbualan Jam 1 Pagi Dengan Jho Low Demi UMNO, Bukan Untuk Faedah Diri - Saksi

[Copy link]
Post time 8-2-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu bahawa tindakannya berkomunikasi dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak memberi manfaat kepada dirinya, sebaliknya dibuat demi UMNO.


Dia berkata demikian dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram, dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, saksi pendakwaan ke-41 itu berkata, berkomunikasi dengan Jho Low dibuat melalui Blackberry Messenger (BBM) dan ia hanya menyentuh urusan perbankan bekas Perdana Menteri itu.




Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambungan prosiding perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto Bernama.





“Perbualan pada jam 1 pagi, 21 Ogos 2014 lalu adalah berhubung pembayaran RM5 juta kepada UMNO dan ia bukan untuk faedah diri saya atau Jho Low sebaliknya demi UMNO,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.


Ahmad Akram: Perbualan sepanjang malam itu mengenai apa?


Joanna: Dia (Jho Low) beritahu sekitar jam 1 pagi, ada cek RM5 juta untuk UMNO, saya kata cukup (baki dalam akaun) kalau dimasukkan esok, itu sahaja.


Ahmad Akram: Wang untuk faedah siapa?


Joanna: UMNO.


Ahmad Akram: Bukan untuk faedah kamu dan Jho Low?


Joanna: Bukan, ia dibuat supaya cek itu tidak ditendang.


Dalam soal balas pagi tadi, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan itu, merujuk pada perbualan BBM antara Joanna dan Jho Low.


Peguam itu berkata, timbul kejanggalan buat seorang wanita yang sudah berkahwin, menghubungi seorang lelaki lain, pada lewat malam sehingga jam 5 pagi.


“Kamu juga bertemu dengan Jho Low di rumah mewahnya di Jalan Kia Peng, tetapi kamu sudah berkahwin, adakah suami kamu tidak kisah dengan tindakan itu,” soal Muhammad Shafee.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Deepa Nair Thevaharan membantah soalan berkenaan kerana ia menyentuh keperibadian saksi, selain tidak wajar untuk diutarakan.


Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudiannya mengarahkan Muhammad Shafee tidak mengulangi soalan tersebut.


Joanna berkata, kehadirannya di rumah Jho Low dibuat kerana urusan kerja sama ada untuk projek Jho Low, 1MDB mahupun urusan perbankan.


“Kalau ke rumah Jho Low, saya tidak bersendirian, tetapi ia turut ditemani pegawai lain antaranya Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Sdn Bhd) dan Azmi Tahir (bekas Ketia Pegawai Kewangan 1MDB),” katanya.


Najib, 70, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.


Perbicaraan bersambung petang ini.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 04:16 PM | Show all posts
aaaaagitchewwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakakakakaakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tua dah najib ni
Btw bn time najib gemilang terbilang you now dh x mcm dedulu makin sendu nengok
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 11:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 12:10 PM | Show all posts
joanna ni ahli umno seumur hidup ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina keje utk umno...mesti geng dap jeles
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 64876 Replies : 2044
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 36271 Replies : 112
Benda boleh bincang buat apa gaduh:kalau penat jangan kerja kau duduk rumah !!” Wanita bertekak dengan kakitangan bas terminal 17 shah alam
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:kalau
Views : 69568 Replies : 75
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105595 Replies : 1678
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69220 Replies : 590
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 106925 Replies : 6054
Rakyat Malaysia dinasihat berjaga-jaga bercuti ke selatan Thailand sempena Deepavali
AbahmungRakyat Malaysia dinasihat berjaga-jaga b
Views : 34594 Replies : 10
Berita Fattah yang ke 23:Menerusi live tiktok dengan tanda suka 22 juta,Fattah memberitahu akan membangunkan empayar perniagaan sendiri serta melancarkan produk secara ‘live’
YgBenarBerita Fattah yang ke 23:Menerusi live t
Views : 15578 Replies : 250
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 18429 Replies : 17
Tesla buat hal lagi, 4 terbunuh
maklukpenggodaTesla buat hal lagi, 4 terbunuh
Views : 27241 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043656 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list