CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3293|Reply: 20

Bekas isteri tumpang gembira jika Jiggy nikah dengan Dhabitah

[Copy link]
Post time 8-2-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Bekas isteri tumpang gembira jika Jiggy nikah dengan Dhabitah


Elly ketika bersama bekas suaminya, Jiggy.


Kuala Lumpur: "Saya tumpang gembira apabila dapat tahu dia sudah temui pasangan dan bakal berkahwin," kata bekas isteri pelawak, Jiggy Masin yang juga pelakon, Elly Arifin ketika ditanya mengenai desas-desus mengatakan bekas suaminya itu bakal berkahwin dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Elly berkata, dia mendoakan segala apa yang dirancang pasangan itu dipermudahkan.

"Sebenarnya saya sudah tahu cerita ini sejak tahun lepas lagi, tapi bukan daripada mulut dia sendiri. Cuma ketika kami sama-sama terbabit dalam program Muzikal Lawak Superstar di Astro tahun lalu, saya ada cakap jangan lupa jemput kalau dah nak kahwin.

"Sebagai bekas isteri sudah tentu saya gembira apabila dia bakal menamatkan zaman solo dengan wanita pilihannya. Lagipun Jiggy juga adalah bekas pemain hoki kebangsaan sebelum ini. Saya percaya Dhabitah boleh menjaga dia lebih baik daripada saya," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elly, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu dalam apa juga keputusan yang dibuat selepas mereka berpisah dua tahun lalu.

"Saya selalu mendoakan supaya dia temui jodoh dengan cepat sebab saya tak nak dia rasa kesunyian seperti yang saya rasakan sekarang.

"Saya bukan nak cakap yang saya sunyi memanjang, tapi sudah tentu setiap orang perlukan pasangan sebagai peneman. Saya rasa Allah telah makbulkan doa saya," katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapat kenyataan Jiggy tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak berjawab.

Terdahulu, timbul gosip mendakwa Jiggy dan Dhabitah sedang hangat bercinta dan sedang menyusun langkah untuk bernikah tidak lama lagi.

Elly dan Jiggy mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 selepas empat tahun bercinta. Namun, jodoh terlerai pada 30 Januari 2020 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... kah-dengan-dhabitah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2023 03:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:18 PM | Show all posts
Kalau betul nak kahwin harap Jiggy tak suruh Dhabitah undur diri dari sukan terjun
Tapi heols kena tahan mata lah tengok pakaian Dhabitah dan ditonton oleh ribuan mata yg lainnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:22 PM | Show all posts
atlet dgn bekas atlet berjodohan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:28 PM | Show all posts
dhabitah, fikir la masak-masak nak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:58 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 8-2-2023 03:18 PM
Kalau betul nak kahwin harap Jiggy tak suruh Dhabitah undur diri dari sukan terjun
Tapi heols kena t ...

ok je pakaiannya memang baju mandi gitu. Bknnya sheols pakai bikini

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2023 04:12 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-2-2023 03:28 PM
dhabitah, fikir la masak-masak nak...

knp plk..tak sekufu ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok dabitha ni. Kecik n comel je.. kalau sahih, tahniah.. semoga dipermudahkan semua nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 04:51 PM | Show all posts
dhabitah plis fokus terjun je dulu  chuols so very young tak payah la kejar nak kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi suka dabitah ni dgn Irfan atlet lontar peluru tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni muka tembam macam ayda mat aris tapi body kurus. Ok, tak bermaksud bodyshaming.


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex wife pon ok sajork.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 8-2-2023 04:12 PM
knp plk..tak sekufu ke apa..

Kawin mmg kena cari sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada saper tau kenapa elly dan jiggy cerai dulu? Ceciter..sket
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ohara replied at 8-2-2023 05:31 PM
Ada saper tau kenapa elly dan jiggy cerai dulu? Ceciter..sket

Masalahnya aku kenal yg pompuan jer..si ikan masin ni pelawak mana??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alàaa jgn la kawen lg bitah..focus la dulu dgn terjun tu..nti dah dapat gold medal Olympic baru la retired & kawen..skg kn tgh mendunia lg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 06:44 PM | Show all posts
ikan masin ni pelawak ker???
kenapa aku tak pernah tahu da tak pernah tgk...
hahahahhhaa... ker sbb aku tak layak maharaya lawak astrok tu...
hahahhahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 07:18 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 8-2-2023 03:58 PM
ok je pakaiannya memang baju mandi gitu. Bknnya sheols pakai bikini

Baju mandi mmg gitu tapi chuols bukan tak tau ummah meleis niEspecially bila dah kahwin
Mula lah ada komen2 nakal label si Jiggy ni dayus lah apa lah nanti
Dulu time Farah Anne tu...kecoh sbb pakaian dia masa bergimnastik walhal mmg itu pun pakaiannya
Tu single pun kna kecam smp Datuk Sri Rafidah Aziz pun bagi komen
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 8-2-2023 05:33 PM
Masalahnya aku kenal yg pompuan jer..si ikan masin ni pelawak mana??

Jiggy ni yg jadi husin dalam jkk tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ohara replied at 9-2-2023 05:21 PM
Jiggy ni yg jadi husin dalam jkk tu kan..

Yang watak nyah tu ke?? Sendunyaaaaaaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047204 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list