CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 2

Tak Kisah Dipandang Sinis, Diperli Dan Dipertikai- Pemuda Umno Nekad Mohon Anwar Ibrahim Benar Pengeluaran KWSP

[Copy link]
Post time 8-2-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Pemuda UMNO meminta kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar bagi membantu mengurangkan beban kewangan rakyat.


Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah menyampaikan permintaan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.


Tegasnya, beliau akan terus mengetengahkan perkara tersebut walau ada pihak yang sinis, memerli dan mempertikaikan perjuangannya untuk pengeluaran KWSP buat kali terakhir.




Foto: Kosmo




“Malam tadi sempat juga disuarakan beberapa isu yang menyentuh perihal kegusaran rakyat termasuk bersangkutan dengan tanggungan beban kewangan rakyat menjelang musim persekolahan baharu.


“Namun kali ini, pandangan peribadi saya mungkin tidak perlu pengeluaran besar-besaran secara pukal (pengeluaran KWSP). Memadai kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja dan bersasar.


“Perdana Menteri juga sudah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat untuk disalurkan sebelum penggal persekolahan baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Anwar menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia di Ibu Pejabat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn di sini, malam tadi.


Asyraf Wajdi berkata, beliau dan Pemuda UMNO akan tetap menjadi jurubicara rakyat menyuarakan suara hati rakyat dari semasa ke semasa walaupun beliau bukan lagi Ketua Pemuda UMNO selepas ini.


Beliau pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO akan datang. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 08:17 AM | Show all posts
wateva la merepot la ko sume
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:42 AM | Show all posts
betul....bagi ja habis cerita...apa nak stop...bantuan B40 kenapa boleh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.298002 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list