View: 437|Reply: 0
|
FAM ‘buka pintu’ TMJ jadi pengurus Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
Tunku Ismail pernah datang memberi sokongan moral buat skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2022 di Wisma FAM, Kelana Jaya bulan lalu. - Foto ihsan FAM
FAM ‘buka pintu’ TMJ jadi pengurus Harimau Malaya
PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa terbuka sekiranya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat untuk menjadi pengurus skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perkara tersebut hanyalah spekulasi setakat ini tetapi jika perkara itu benar, perbincangan lanjut pasti akan dibuat demi kebaikan bola sepak kebangsaan.
“Saya nampak tular Tunku Ismail sebagai pengurus (Harimau Malaya) tetapi, itu merupakan pandangan netizen. Jika ada (hasrat jadi pengurus) kita perlu bincang dan saya kena bawa kepada Exco FAM untuk putuskan, jadi tidak usah buat spekulasi.
“Kalau perkara ini datang dari Tunku Ismali, saya akan berjumpa untuk perbincangan lanjut. Ini spekulasi dari orang ramai tetapi jika baik untuk bola sepak apa salahnya.
“Saya percaya semua pihak ke arah tersebut (mahu melihat perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan). Jadi, kita tidak menolak sebarang kemungkinan untuk sesiapa sahaja tampil untuk membantu,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Ketika ini jawatan selaku pengurus disandang oleh Kim Pan-gon yang juga ketua jurulatih Harimau Malaya. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... rus-harimau-malaya/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|