CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Kedah] Di mana Salahuddin?

[Copy link]
Post time 7-2-2023 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Di mana Salahuddin?


Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my



SALAHUDDIN hilang sejak hampir tiga bulan lalu.




Sungai Petani: Kehilangan seorang pelajar lelaki sejak hampir tiga bulan lalu mencetuskan misteri buat ahli keluarganya selepas dia masih gagal dikesan sehingga kini.

Pelajar Pondok Pertubuhan Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi (Mustaq), Bukit Jagung Pendang, Salahuddin Mohammed Salleh, 23, dikesan menghilangkan diri selepas ibunya yang mahu menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp terpandang 'last seen' yang bertarikh 31 Disember tahun lalu.

Bapa pelajar terbabit, Mohammed Salleh Ri, 48, berkata isterinya mahu menghantar mesej pada 5 Januari lalu namun terkejut apabila mendapati kali terakhir anak mereka menggunakan aplikasi WhatsApp lima hari sebelum itu.

"Isteri juga cuba menghubungi anak melalui talian telefon bimbitnya namun semua panggilan yang dibuat masuk ke peti suara.

"Kali terakhir anak menghubungi ahli keluarga terdekat iaitu ibu saudaranya pada 29 Disember tahun lalu kerana mahu mengajar kelas mengaji secara dalam talian," katanya.

Menceritakan kembali kejadian, Mohammed Salleh berkata, anak sulung daripada enam beradik itu kali terakhir dilihat anak keduanya yang berusia 22 tahun selepas mereka turun di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Petani pada 20 November tahun lalu.

"Salahuddin dan adik perempuannya menaiki keretapi dari Tanjung Malim dan masing-masing turun di Sungai Petani dengan adiknya menuju ke tempat pengajiannya di Kuala Ketil.

"Saya difahamkan Salahuddin sepatutnya pulang ke Pondok Mustaq dijemput rakan pada hari itu namun pihak pondok memberitahu anak saya sebenarnya tiada di situ sejak 20 November," katanya.

Menurutnya, perkara itu hanya diketahui selepas isterinya menghubungi pihak pondok terbabit pada 5 Januari lalu dan mereka sekeluarga turut hairan dengan kehilangan Salahuddin kerana motosikalnya masih berada di sana.

"Anak saya baru empat bulan belajar di pondok terbabit dan dia adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Ulum, Pokok Sena.

"Apa yang saya tahu, anak tidak pernah menceritakan sebarang masalah sepanjang belajar di pondok terbabit malah dia juga tidak mempunyai masalah dengan ahli keluarga," katanya.

Menurutnya, dia amat berharap anak sulungnya itu dapat ditemui dalam keadaan selamat dan pulang dengan segera kerana amat bimbang dengan keadaan Salahuddin.

"Setakat ini, kami sekeluarga hanya mampu berikhtiar dengan melakukan solat hajat serta membaca surah Yasin dan berdoa kepada Allah selain ada membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

"Saya juga ada mengedarkan foto serta berita kehilangan anak melalui media sosial dan amat berharap Salahuddin dapat ditemui secepat mungkin." katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan pelajar berkenaan.

Menurutnya, setakat ini polis masih giat menjalankan siasatan serta mengesan pelajar berkenaan.

Orang ramai yang mengenali atau menemui Salahuddin boleh menghubungi bapanya Mohammed Salleh di talian 019-5261522.






Disiarkan pada: Februari 7, 2023 @ 7:03pm


















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054734 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list