CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1314|Reply: 15

Isteri Komplot Dengan Ibu Culik Kekasih Di Sentul

[Copy link]
Post time 7-2-2023 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Angkara marahkan suami curang, seorang isteri sanggup merancang penculikan seorang wanita warga asing yang juga teman wanita suaminya, di Sentul pada Jumaat lalu.


Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara di sini kira-kira pukul 11.45 malam.




Gambar hiasan




Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, semasa kejadian, teman lelaki mangsa meninggalkannya bersendirian di dalam kereta dengan pintu tidak berkunci dan enjin dalam keadaan hidup.


Katanya, dia kemudian dimaklumkan saksi keretanya dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali dengan mangsa berada di dalam kereta, menuju ke jalan besar menghala ke Gombak.


“Lelaki berusia 34 tahun itu segera menghubungi telefon bimbit mangsa tetapi mendapati ia sudah dimatikan sebelum dia tampil membuat laporan polis pada jam 12.38 tengah malam, Sabtu lalu.


“Hasil siasatan, polis berjaya mengesan kereta pengadu ditinggalkan di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Rawang dan mangsa tiada di dalam kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, pihak polis menahan dua wanita serta lelaki tempatan iaitu ibu dan isteri pengadu antara pukul 1.50 pagi hingga 5.30 pagi Ahad lalu.


Ujarnya, kedua-dua suspek berusia antara 37 hingga 52 tahun dalam serbuan berasingan di Temerloh, Pahang dan Bandar Baru Sentul.


“Berpandukan maklumat diberikan ketiga-tiga suspek, kita berjaya menyelamatkan mangsa di Bandar Dataran Segar, Port Dickson, Negeri Sembilan pada pukul 7.10 malam, hari sama.


“Mangsa juga seorang wanita warga asing berusia 26 tahun mengalami kecederaan ringan di hidung, muka, kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.


Tambah beliau, polis turut merampas beberapa telefon bimbit milik suspek dan mangsa serta sebuah kereta yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.


“Motif kejadian adalah berpunca daripada masalah rumah tangga. Perancang utama kejadian ini adalah ibu dan isteri pengadu yang hendak memisahkan hubungan intim antara pengadu dan mangsa.


“Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 09:54 PM | Show all posts
Aku baca tajuk aku yang pening.

Isteri berkomplot dengan ibu untuk menculik kekasih suami di Sentul.

Baru orang paham.
Aku dok pikir isteri die culik kekasih die sendiri.

Comments

sila lapur pada saya atau AceHand jika title: salah, merepek, di sensasikan (eg kes ini, dgn meninggalkan word 'suami', ia jadi lebih sensasi  Post time 11-2-2023 07:42 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku confuse baca Thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
X pasal dh jadi kes jenayah,siapa yg rugi,ko jugak pompuan...jantan x guna tu aman2 leh ceraikan ko,move on ngan gf dia...yg ko pulak dh ada rekod jenayah,nak start over balik pon susah,napa la x fikir panjang b4 buat sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh menariknya kisah ni. Bole jd plot drama
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing tu kaum friskies ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa apa depa nih?
Ibu tu mak si suami ke mak isteri tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 08:31 AM | Show all posts
Suchi replied at 8-2-2023 08:05 AM
Bangsa apa depa nih?
Ibu tu mak si suami ke mak isteri tu?

msti indon..
warga asing
klau tak x kan dgn mil skli masuk campur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali call van putih itu terlatih kipnap2 ni tanpa jejak, ini bikin sendiri tanpa skill
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 08:40 AM | Show all posts
skandal ngan indon la tuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pati ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah report thread ni... Apa pun tarak action
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 10:06 AM | Show all posts
Tak pasal pasal jadi kes polis. Silap boleh masuk penjara ….suami kawin lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 12:24 PM | Show all posts
pendatang asing tu indon ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 02:45 PM | Show all posts
rasa macam cina..
kalau cina maybe gf cina prc cambodia myanmar..
pompuan melayu jarang nak buat macam ni..
takat meroyan je kalau kantoi laki ada skandal..
kalau kantoi kawin lagi satu baru dorang jadi resaksa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060581 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list