CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 1

Komando Dikhuatiri Lemas Ketika Kursus Juru Selam Di Pulau Undan

[Copy link]
Post time 7-2-2023 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang anggota Tentera Darat dipercayai daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas di Pulau Undan, Merlimau di sini kira-kira pukul 5.30 petang tadi.


Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Syakirin Ismail berkata, mangsa, Edrin Baintim, 25, berpangkat lans koperal sedang menjalani kursus juru selam semasa kejadian.




BOMBA masih melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di Pulau Undan, Merlimau, Melaka.





Beliau berkata, setakat pukul 8 malam tadi, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan BBP Melaka Tengah.


“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian, benar terdapat seorang mangsa lelaki berumur 25 tahun ialah anggota tentera unit komando telah lemas.


“Mangsa dipercayai lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus juru selam di kawasan perairan Pulau Undan.


“Operasi mencari mangsa sedang dijalankan dengan kekuatan 16 anggota dari BBP Merlimau dan BBP Melaka Tengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah2an mangsa dapat ditemui. Takziah utk keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.338619 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list