CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1818|Reply: 27

Budak Meraung Tangan Melecur Bunga Api Meletup, Salah Kerajaan Juga Ke?

[Copy link]
Post time 7-2-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Sambutan musim perayaan di negara kita bagaikan tidak lengkap tanpa dentuman mercun dan bunga api.


Namun, dalam kemeriahan meraikan hari istimewa itu, ramai dalam kalangan kita terlepas pandang mengenai risiko keselamatan, khususnya untuk kanak-kanak.


Terbaharu, tular video di Twitter memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain bunga api di beranda sebuah bangunan kediaman, sambil ditemani seorang individu dewasa.




Seorang kanak-kanak meraung akibat cedera terkena percikan bunga api.





Pada penghujung video, bunga api yang sepatutnya meletup di udara tiba-tiba meletus pada bahagian ia dipegang, menyebabkan kanak-kanak itu menangis terkejut.


Dalam satu foto lain yang dikongsi, kelihatan kanak-kanak itu meraung dengan tangannya yang melecur kemerah-merahan akibat terkena percikan bunga api.


Bagaimanapun individu itu tidak menyatakan maklumat terperinci berhubung video dan foto berkenaan.


Biarpun tweet berkenaan berbaur politik apabila ia dikaitkan dengan langkah kerajaan untuk membenarkan penjualan mercun dan bunga api, namun rata-rata netizen memilih untuk membahaskan isu keselamatan kanak-kanak.


Menurut netizen, ibu bapa perlu bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka dan tidak wajar menjadikan permainan bunga api dan mercun sebagai budaya di negara ini.


"Salah dekat sini ialah kenapa biarkan anak kecil main benda ni. Kalau setakat main pop pop tu okey lagi. Benda bahaya macam ni parents kena cakna. Nak sentiasa salahkan kerajaan pun susah juga.


"Isu utama kat sini parents. Kenapa biarkan anak sendiri pegang mercun tu? Ada otak kot, kan boleh fikir bahaya.


"Itu sebab mak bapa bodoh bagi toddler pegang fireworks bukan sebab dia legal atau tidak. Bodoh tidak bertempat, tanggungjawab sendiri nak salahkan kerajaan, " tulis beberapa netizen.




  



Terdahulu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi.


Bagaimanapun katanya ia tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.


Ujarnya, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri, sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara, dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 12:22 PM | Show all posts
uiii sakit gila
beso tu melecurnya..

boleh aje nak kasi budak kecik tu pegang tp tanggung le kan akibatnya if eksiden
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak bodoh pastu salahkan kerajaan. Kau bagi mercun pop baling kat lantai tu cukup la. Anak aku dah besar pun tak main mercun macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 01:10 PM | Show all posts
asfaz replied at 7-2-2023 12:28 PM
Mak pak bodoh pastu salahkan kerajaan. Kau bagi mercun pop baling kat lantai tu cukup la. Anak aku d ...

Kat Msia dgn US mmg smuanya slah govt.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 01:12 PM | Show all posts
ye.. memang salah gomen..
sebab tak bekalkan kondom free untuk mak bapak bodoh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak x reti tgk anak ke haaaaaaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya …. Time2 luka nk kering nnt menangis2 la budak kesakitan
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kerajaan paksa ko beli mercun utk bagi anak ko main pun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 01:56 PM | Show all posts
yang ada keperluan main mercun masa perayaan ialah kaum cina sahaja, sebab itu termasuk dalam adat budaya mereka..yang melayu, cina sibuk nak main sama, ujung2 salahkan kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg salahkan KERAjaan jgk ke ?? Aigoo~
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 09:29 PM | Show all posts
dulu2 abang beli kabait, main kat kampung

dentum dentam dentum dentam. pakai tin milo pun jadi, tak tau dia buat macam mana

besar sikit, masing2 dah ada akal. semua main bunga api je, itupun tala ke tanah. bukannya benda tu meletup pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 09:35 PM | Show all posts
Mak bapak dia buat apa tak boleh pantau anak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 09:35 PM | Show all posts
Anak cina ke melayu tu? Mak aku slalu cakap cina raya, yang beriya main bunga api, mercun anak2 melayu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 01:42 AM | Show all posts
kucingitam replied at 7-2-2023 01:56 PM
yang ada keperluan main mercun masa perayaan ialah kaum cina sahaja, sebab itu termasuk dalam adat b ...

Yep, Cainis main mercun sbb tu utk mnakutkn sejenis monster yg dorg pnggil as "Nien" since Nien ni suka mkn budak2. So d ktakn dlu tu bila Nien ni nak cri mngsa, dia ni mlalui slh stu rumah yg family nya bakar buluh sbb nak dptkn haba pnas & bila buluh tu tiba2 meletup, Nien ni tiba2 jdi ktakutan & trus mlarikan diri. So tu lh knpa bngsa Cainis main mercun, utk halau Nien.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 9-2-2023 01:42 AM
Yep, Cainis main mercun sbb tu utk mnakutkn sejenis monster yg dorg pnggil as "Nien" since Nien ni ...

Betul,mcm kawan cainis iols bagitau.


Tapi sis,kaum melayu main mercun sebab apa pulak sis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik suka main mercun
So macik setuju pengharaman mercun ditarik balik
Pandai2 lah jaga diri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena tunggu menteri DAP berkuasa baru merasa main bunga api halal. Itu pun masih ada yang tak puas hati nak juga gomen haramkan. Ko yang tak reti jaga jari satu negara kena puasa.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:52 AM | Show all posts
elok meletus kat atas tetiba pom kat tgn pula. Mercun ni rosak ka. Tu belum lg ada saintis dok olah2 mercun , klo sendiri kena takpa , ni tak pesal org lain jd mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:55 AM | Show all posts
pembuat bunga api tiada sijil keselamatan...patut ada standard baru boleh masuk Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:55 AM | Show all posts
Ntah apa la bestnya main mercun.. dah la bahaya, menyusahkan jiran tetangga.. bising tengah2 malam.. selayaknyalah, mak pak bodo bagi anak expose pada bahaya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.111520 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list