Penyanyi tersohor, Shila Amzah sejak akhir-akhir ini sering menjadi tumpuan apabila gelagatnya yang sporting dan sering berkomunikasi dengan peminat menerusi video live di media sosial.
Terbaru, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah, 32, dan seorang selebriti media sosial dikenali sebagai Ubai kini menjadi bualan ramai.
Ini kerana tularnya satu rakaman pendek yang memaparkan Shila Amzah terpanggil Ubai dengan singkatan panggilan sayang, ‘Yang’.
Shila Amzah yang duduk disebelah Ubai ketika itu bagaimanapun dilihat cuba "cover line" selepas terpanggil "yang".
Perkongsian tersebut telah menimbulkan tanda tanya dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat malah ramai yang merestui jika mereka berdua berjodohan.
Dalam perkongsian video terbaru, Ubai memberi penjelasan mengenai kejadian tersebut.
Tapi kalau betul ada hubungan istimewa pun apa salahnya kan.
Sekadar info, Shila dan Haris Idraki Elias mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun. Namun jodoh mereka tidak panjang dan disahkan bercerai pada 8 Februari tahun lalu. - CARI
|