View: 787|Reply: 20
|
[Tempatan]
Kerajaan gagal tangani kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 5-2-2023 10:03 AM
GEORGETOWN - Kerajaan Perpaduan didakwa gagal untuk mengawal harga barang terutamanya harga telur dan sayur-sayuran sehingga membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.
Timbalan Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Oh Tong Keong berkata, bukan sahaja harga barang, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat gagal dalam menangani kos sara hidup yang semakin tinggi.
Menurutnya, lebih mengecewakan, kerajaan lebih berminat untuk mengimport telur ayam dari India berbanding memberi subsidi kepada pembekal telur tempatan.
"Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang bukan sahaja tidak dapat membela hak rakyat malah tidak mengawal harga barangan termasuk sayur-sayuran dan telur ayam. Sepatutnya apabila bekalan telur tidak cukup, kerajaan perlu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya mengimport dari India.
"Tindakan ini dilihat seolah-olah kerajaan lebih suka melihat pengeluar telur tempatan mengalami muflis. Sehingga sekarang, masalah bekalan telur masih belum selesai. Kini, harga sayur-sayuran di pasaran pula dilaporkan meningkat sebanyak 160 peratus pada bulan lalu.
"Apa yang kerajaan buat? Kerajaan seolah-olah tidak mempedulikannya malah membiarkan rakyat tanggung tekanan kos sara hidup yang amat tinggi ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) harus menyiasat punca kenaikan harga sayur-sayuran supaya rakyat berpendapatan rendah tidak terjejas. Pada masa sama, pihak berkuasa itu perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang menaikkan harga tanpa sebab selain melanggar peraturan 2010 Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan.
"Apa yang KPDN buat sehingga peniaga berani untuk menaikkan harga sayur-sayuran sehingga 160 peratus? Adakah mereka ini tidur, tidak buat kerja? Sepatutnya mereka menyelia proses pasaran sayur-sayuran dan pemborongan domestik bagi mengelakkan orang tengah mengaut keuntungan besar," katanya.
Beliau turut menempelak kerajaan apabila mendakwa kerajaan ketika ini tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan rakyat hidup dalam terseksa khususnya yang berpendapatan rendah.
"Kos barangan yang tinggi tanpa tindakan segera menunjukkan Kerajaan Perpaduan yang memerintah negara kini tidak bertanggungjawab.
"Isu harga barang perlu ditangani dengan segera, bukannya membiarkan rakyat menanggung beban ini," katanya.
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KPDN dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera bagi menurunkan harga sayuran yang meningkat sehingga 160 peratus dalam tempoh sebulan lalu.
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya menerima aduan daripada peruncit yang mendakwa pengedar dan pemborong turut memberi amaran bahawa harga sayur dijangka meningkat beberapa minggu akan datang.
https://www.sinarharian.com.my/article/243669/berita/politik/kerajaan-gagal-tangani-kenaikan-harga-barang |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mahal jangan beli...bela ayam sendiri ...tanam sayur sendiri...penat rapiji buat formula |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada nasi rahmah 5 hengget tu cukuplah.. Bersyukurlah!!! Rakyat nak apa lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Kan Rapiji dah war2kan formula magic tuh: boikot peniaga2 yg jual mahal .
Kartel2 tersenyum sinis . |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 5-2-2023 11:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Daripada kerajaan perpaduan kepada kerajaan gagal... |
|
|
|
|
|
|
|
guna pakai formula Rafizi
tak pun guna pakai formula MADANi - tolak gaji tak pun tolak elaun (salah satu)  |
|
|
|
|
|
|
|
Gerakan ni..ko buat apaaaa hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Eh... TT dah tukar majikan ka? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak bergerak tak boleh makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Make sure reban wangi dan ayam2 fluffy.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-2-2023 01:12 PM
Make sure reban wangi dan ayam2 fluffy.
oh boleh jugak tiru idea nie biler umah haku da siap nanti...insyaallah, x do la ayam berak merata kws umah n jiran |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingerpressor at 5-2-2023 01:43 PM
PM Anwar dilaporkan tidak sihat
Raja Hisyam Raja Zaid
Februari 5, 2023 13:16 MYT
PM Anwar dilaporkan tidak sihat
Menurut Sivakumar, PM Anwar telah menghubunginya pada pagi Ahad bagi tadi memaklumkan keadaan beliau dan terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
GOMBAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, di sini, pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, pada Ahad.
“Perdana Menteri sepatutnya hadir pada sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini, namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
BACA: Ratusan ribu hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves
Thaipusam | Sambutan di Batu Caves meriah
Menurutnya, PM Anwar juga memaklumkan kepada beliau bahawa satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil di seluruh Malaysia untuk menyampaikan amanatnya akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, sambutan Thaipusam di Batu Caves meriah dengan kehadiran ratusan ribu penganut Hindu yang turut disertai pengunjung bagi meraikan sambutan perayaan Thaipusam..
Aku harap takda kena mengena dgn fatwa yg telah dibuat pihak berwewenang agama johor utk mengharamkheun pembabitan atau meraikheun sambutan ritual agama lain |
|
|
|
|
|
|
|
acikhan replied at 5-2-2023 01:35 PM
oh boleh jugak tiru idea nie biler umah haku da siap nanti...insyaallah, x do la ayam berak merata ...
Anak2 sheols duk peluk2 ayam xde pulak kena hama. Sheols pun buat krim eczema. Tapi sekali sekala kena perasap gak reban mana tau ada hama tersembunyi.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-2-2023 01:47 PM
Anak2 sheols duk peluk2 ayam xde pulak kena hama. Sheols pun buat krim eczema. Tapi sekali sekala ...
hama@ tungau mesti Ade lbh2 ank lelaki siang main ngan ayam mlm mesti x boleh tido meremgek sbb gatal... tp best suasana duk kg, hish berangan mcm2 dlm Pala otak nie  |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mahai, mkn sekali sehari jahh.. waktu buka posa.. sahur minum ayaq jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
acikhan replied at 5-2-2023 01:50 PM
hama@ tungau mesti Ade lbh2 ank lelaki siang main ngan ayam mlm mesti x boleh tido meremgek sbb ga ...
Semoga impian uols termakbul. Amin.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 5-2-2023 02:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dan yang pasti rakyat mintak ayam, telur dan sayur tapi dapat mercun dan bunga api... |
|
|
|
|
|
|
|
BN relax je tak keluarkan apa apa kenyataan sama ada kos tinggi ke rendah |
|
|
|
|
|
|
| |
|