CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 7

2 Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Along

[Copy link]
Post time 4-2-2023 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam, atas kesalahan membantu kegiatan along atau pemberi pinjaman wang tidak berlesen, dua tahun lalu.


Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Jeshen Chong Chia Shen, 24, dan Lok Jin Rong, 25, mengaku bersalah sebaik pertuduhan berasingan dibacakan terhadap mereka di samping menimbangkan keseluruhan fakta, rayuan dan hujah pendakwaan.




Dua lelaki mengaku salah tolong along masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka.





Mahkamah turut menetapkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.


Jeshen Chong dan Lok, kedua-duanya bekerja sebagai pembantu logistik, membayar denda itu.


Berdasarkan pertuduhan Jeshen Chong pada 2 Februari 2021 hingga 29 Mac 2021 di Bukit Baru, di sini, didapati membantu pemberi pinjaman wang tanpa lesen menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen dengan membenarkan akaun Maybank miliknya digunakan bagi tujuan itu.


Sementara, Lok pula didakwa melakukan kesalahan sama dengan membenarkan akaun Maybanknya digunakan untuk aktiviti pinjaman wang tanpa lesen di tempat sama pada 27 Februari 2021 hingga 28 Mac 2021.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta, pengadu dalam kedua-dua kes adalah seorang wanita yang mendakwa dihubungi seorang lelaki dikenali sebagai ‘Kenny’ yang meminta bayaran faedah hutang sebanyak RM1,000 kerana lewat membayar pinjaman.


Supspek juga mengugut akan menghantar orang membuat kacau di rumah pengadu jika enggan membayar
kadar faedah itu sedangkan bayaran pinjaman sudah dibuat.


Bimbang keselamatan diri dan keluarga, pengadu membuat laporan polis hingga tertangkapnya kedua-dua tertuduh pada 25 November 2022.


Hasil siasatan polis, kedua-dua tertuduh mengaku membantu aktiviti pinjaman wang tanpa lesen dan semua wang dibayar oleh pengadu ke dalam akaun mereka didapati dipindahkan ke akaun lain.


Terdahulu, Jeshen Chong yang masih bujang dan Lok yang sudah berkahwin dan menyara dua anak serta isteri tidak berkerja merayu hukuman denda ringan kerana sudah menyesal atas kesalahan
dilakukan.


Mereka juga menyatakan sudah berpindah ke Kuala Lumpur dan memulakan kehidupan baru serta memohon diberikan peluang memperbaiki diri kerana itu kesalahan pertama dan usia masih muda.


Begitupun, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob berhujah supaya hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat untuk tidak mengulangi kesalahan
sama.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2023 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Celah gigi dia bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sikit sangat denda tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
It was Agatha all along!

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
sailormars: sikit sangat denda tu...

Jadi laaa..buat raso raso.nampakla jugak ada undang2 kat mesia ni.
Kalau betul nak hapus,takdenya wakil MCA berunding dengan ahlong bila kes dah meletup.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 11:04 AM | Show all posts
denda tu bos along yang bayarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2023 03:22 PM | Show all posts
ringan btl hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cina sikit je hukuman..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.073163 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list