CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1487|Reply: 19

[Tempatan] Panjangkan had tempoh pinjaman dapat bantu rakyat elak muflis. Fuhhhh bernas. pemikiran luar kotak

[Copy link]
Post time 4-2-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dan Bank Negara (BNM) disyor memanjangkan semula had tempoh bayaran balik pinjaman termasuk pembiayaan peribadi, daripada 10 kepada 20 tahun, sekali gus dapat membantu rakyat mengelak masalah muflis akibat beban hutang terbabit.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, menjelaskan cadangan itu wajar dengan mengambil kira impak lonjakan kos sara hidup serta kesan pasca COVID-19 kini, selepas langkah BNM pada 2013 memendekkan tempoh pembiayaan peribadi dan pinjaman perumahan dilihat telah memberi kesan terhadap pendapatan boleh guna rakyat yang mahu melakukan pinjaman, lebih-lebih lagi dengan situasi lonjakan harga rumah ketika itu.

Beliau berkata, pelaksanaan cadangan itu akan menjadikan kadar bayaran balik pinjaman lebih rendah, justeru turut membolehkan rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk dibelanjakan.

"Mereka yang mahu melakukan pinjaman perumahan atau peribadi untuk berniaga, juga tidak begitu bimbang untuk berbuat sedemikian kerana bayaran bulanan pinjaman itu akan menjadi lebih rendah jika had tempoh pembiayaan dipanjangkan.

"Mana-mana rakyat yang terjejas pendapatan juga boleh membuat penstrukturan semula tempoh dan bayaran bulanan, kepada jumlah lebih mampu dan ia dapat mengelak masalah muflis daripada berlaku," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan sebanyak 49,133 kes kebankrapan ditadbir Jabatan Insolvensi sejak 2018, dengan hutang pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan merupakan antara faktor utama masalah berkenaan.

Berdasarkan rekod, sebanyak 9.06 peratus atau 4,449 daripada mereka adalah kakitangan sektor awam.

Pada 2013, BNM dilapor memendekkan tempoh pembiayaan peribadi daripada 25 kepada 10 tahun, manakala pinjaman perumahan pula daripada 45 kepada 35 tahun, menyebabkan kadar bayaran balik bulanan meningkat, sekali gus mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, syor memanjangkan semula had tempoh bayaran balik pinjaman juga dijangka mampu merancakkan semula ekonomi kerana pendapatan boleh guna bertambah, selain berupaya mengurangkan tekanan hidup rakyat.

"Pada masa sama, operasi perniagaan koperasi kredit dan institusi kewangan dikawal selia BNM boleh berkembang semula. Selain itu, ia mampu memberikan peluang kedua kepada rakyat yang berkemungkinan terhimpit sehingga perlu melalui proses kebankrapan, untuk menstruktur semula kewangan mereka.

"Ia memberi situasi menang-menang kepada rakyat yang boleh menjalani hidup seperti biasa tanpa perlu melalui proses kebankrapan," katanya.

Berhubung masalah muflis dalam kalangan penjawat awam, beliau berkata, pendedahan mengenai pengurusan kewangan baik yang diterapkan perkhidmatan awam ke atas anggotanya secara berterusan, telah meningkatkan kesedaran supaya tidak terjerat dalam kancah hutang.

Namun, katanya, CUEPACS bimbang akan keperluan rakyat ketika ini yang terpaksa berhutang bagi meneruskan kehidupan berikutan gaji tidak mencukupi untuk menampung lonjakan kos sara hidup.

"Justeru, kita melihat ramai rakyat terpaksa melakukan pinjaman peribadi untuk menampung keperluan yang mendesak.

"Bagaimanapun, tempoh pembiayaan yang singkat iaitu maksimum 10 tahun, menyebabkan ansuran bulanan menjadi tinggi sehingga menyebabkan pendapatan boleh guna peminjam terjejas," katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang la rakyat nak overlap, nak buat hutang baru.
Lepas tu salahkan bank makan riba,
Salah kan bnm naikkan opr
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Time buat hutang tak ingat bila opr naik bising bukan main... macamla org paksa amik hutang
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjangkan tempoh nanti bank bole buat more money....bank jugak yg huntung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
@dino tersenyum meleret.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 07:58 PM | Show all posts
tua2 hutang masih keliling pinggang
lepas tu harap anak menantu tolong bayarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2023 09:29 PM | Show all posts
ceo bank tersenyum sinis.. staff2 bank jugeeee tersenyum sini

sapa punya idea daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa oooo kupex.. patot la.. mmg statement tak penah ada yg cerdik. bodohhh manjang
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 09:41 PM | Show all posts
midori888 replied at 4-2-2023 07:18 PM
Panjangkan tempoh nanti bank bole buat more money....bank jugak yg huntung...

kan deme bank2 ni nak cover balik untung yang hilang masa moratorium...  uhukuhukuhuk...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 4-2-2023 06:22 PM
Senang la rakyat nak overlap, nak buat hutang baru.
Lepas tu salahkan bank makan riba,
Salah kan bnm ...

Untunglahhh keje gomennnn..
Bank rakayat tersenyummm simpullll
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sembang ni president cuepacs khuensss..
So...pehem² je ler yg byk byk byk loan tu sapaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 4-2-2023 10:25 PM
Untunglahhh keje gomennnn..
Bank rakayat tersenyummm simpullll

bank islam, mbsb, bank muamalat, bsn, koperasi pun boleh tumpang sekaki
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Presiden cuepacs nie gred berapa yer? N22 ke?

Patut bagi la cadangan buat kursus kewangan pd penjawat awam. Ajar cara² mengurus kewangan dgn betul & ajar hidup sederhana.

Nie bagi cdgn merapu & makin menjahanamkan penjawat awam. Sekarang nie pun bila naik gaji jer terus buat overlap, kalau tukar 20thn lagi gila la buat loan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 4-2-2023 09:29 PM
ceo bank tersenyum sinis.. staff2 bank jugeeee tersenyum sini

sapa punya idea daaaaaaaaaaaaaaaaa ...

Tapi heols asa phD
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hidup ni kalau boleh elakkan pinjaman peribadi. Biasanya bank untung kita rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat time abis degree dulu.....ada bankers datang college promote loan untuk gomen  fresh graders yang dah dapat kerja tp gaji lagi 3 bulan baru masuk. dulu kerja gomen kan 3 bulan kerja gaji baru masuk.....ada hat amik tu....


sekarang fresh grade gomen 1 bulan masuk kerja dapat gaji doh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 08:20 AM | Show all posts

tak menjamin cerdik akal pikiran chuolsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 10:09 AM | Show all posts
Bila panjangkan tenure hutang.. secara tak langsung increasekan purchasing power, increase demand.. lagi cepat harga barang naik.  Dulu nal beli kete kena letak 20% down pastu hutang no more than 5 years.  Sekarang siap boleh 0 down dan tarik 9 tahun.. sebab tu ramai bankrup
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 6-2-2023 07:22 PM
bank islam, mbsb, bank muamalat, bsn, koperasi pun boleh tumpang sekaki

Ini semua masih lagi X dpt lawan bank terpaling rakayat tuhhh
Bonus pun bukan main kali lipat dah hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2023 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Idea nampak bernas konon nak ringan kan beban kakitangan. Bila panjangkan tempoh pinjaman secara tak langsung akan mrnyebabkan lebih ramai yang tambah hutang/overlap maksimum. Lepas tu kumpulan yang sama meroyan mintak naik gaji sebab terhimpit dengan kos sara hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 6-2-2023 07:22 PM
bank islam, mbsb, bank muamalat, bsn, koperasi pun boleh tumpang sekaki

rhb dgn cimb pun ada...
Seram dengar bila junior tanya mcm mana nak settle personal loan dia kat 2 banks ni...
Monthly dkt2 rm1k, now dah plus2 la kot...
Bila tanya ko buat apa pinjam sampai 25k?
Dia kata plan nak beli rumah tapi itulah... Rumahya tak nampak, duit tetiba habis...
7 tahun nak habiskan bayar....

Lahai anak2 muda skrg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.071752 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list