CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 844|Reply: 9

Mydin Luaskan Program Menu Rahmah Ke Seluruh Negara

[Copy link]
Post time 3-2-2023 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) komited memperluaskan Program Menu Rahmah ke semua cawangannya di seluruh negara.


Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata meskipun harga kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding di semananjung, pihaknya tetap bertekad menawarkan menu makanan bawah RM5 di seluruh negara.








"Seperti yang kita maklum kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih mahal. Contohnya di Mydin Sandakan, harga bagi satu kilogram (kg) ayam mentah RM12 berbanding di semenanjung yang harganya RM9.40.


"Kita (Mydin) berjanji akan buat Menu Rahmah hari ini atau esok di Sandakan dan dua cawangan (Mydin) di Kuching, supaya pengguna di Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan Menu Rahmah yang berharga RM4.90 itu," katanya dalam Program Temubual Esklusif yang bertajuk 'Inisiatif Menu Rahmah' di Bernama Radio hari ini.


Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan inisiatif Menu Rahmah yang meliputi makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara.


Sementara itu Ameer Ali berkata seiring dengan program berkenaan, pihaknya turut menawarkan menu sarapan pagi dengan 10 variasi makanan dengan harga serendah RM2.50.


"Kita (Mydin) sekarang turut memperkenalkan menu sarapan pagi, pelanggan boleh memilih 10 variasi hidangan dengan harga RM2.50, malah kami turut mengekalkan rempah ratus yang digunakan supaya rasanya tetap sama, dan kita kena adil," katanya.


Sementara itu, beliau berpandangan bahawa program berkenaan sesuai untuk dilaksanakan oleh peniaga gerai kecil memandangkan mereka mempunyai kos 'overhead' yang lebih rendah berbanding peniaga restoran.


"Sebagai contoh, Restoran India Muslim perlu membayar sewa sebanyak RM20,000, tetapi bagi peniaga gerai kecil mungkin hanya perlu bayar lesen atau sewa kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya dalam RM100 hingga RM200.


"Mengikut pengiraan, kos ayam mentah bagi satu kg bernilai RM9.40, jika dibahagikan kepada lapan bahagian akan menjadi RM2.25, nasi RM0.50, sayur RM0.50 dan teh O ais RM0.50 jadi semua sekali lebih kurang RM4.


Kita jual dengan harga RM5, kita akan dapat untung 20 peratus," katanya.


Selain itu, Ameer berkata pelaksanaan Menu Rahmah itu mampu memberi manfaat pemasaran di sesebuah syarikat di samping membantu meringankan beban rakyat.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mydin boleh beli bhn mentah harga borong dpt harga lagi murah.. mampu tawar harga murah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik mydin
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok lama mana jah menu rahmah nie boleh bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 04:43 PM | Show all posts
CikYaYaYa replied at 4-2-2023 03:24 PM
Nak tengok lama mana jah menu rahmah nie boleh bertahan

Kenapa nak tengok?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira Mydin punya program ni berjaya menurunkan harga makanan di seluruh Malaysia slowly....tahniah Mydin...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Menu rosmah.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-2-2023 08:18 PM
Menu rosmah.

Takut orang nak beli,  nanti lepas makan jadi gemok persis badak air

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2023 08:24 PM | Show all posts
Adakah lepas ni kena tunjuk mykad dan payslip utk beli menu rahmah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:24 PM | Show all posts
Sekarang ni rakyat/pengguna ada pilihan.  So, janganlah pi kedai mamak/indian muslim, ambik segala sotong, udang, lepas tu meroyan kat socmed kata mahal.  Kalau tak mampu bayar, jangan masuk, cari saja kedai yang menawarkan menu Rahmah ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.056460 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list