CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3460|Reply: 28

'Saya Rasa Kami Kena Kahwin' - Fuad Buka Balik Pintu Hati Tom Untuk Berumah Tangga

[Copy link]
Post time 3-2-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Pintu hati pernah tertutup untuk berumah tangga selepas tiga kali melalui kegagalan. Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram pernah berjanji pada diri sendiri untuk meletakkan noktah buat perkahwinan.


Kehidupan sebagai ibu tunggal bersama anak-anak dijadikan fokus meniti hari. Namun, kunci hatinya terlerai sejak kehadiran seorang lelaki bernama Fuad Rahman. Segalanya berubah dan taman jiwa kembali berbunga.


Seikhlasnya terbuka hati kembali menerima kehadiran Fuad, lelaki yang pernah menjadi individu penting dalam hidupnya lebih 10 tahun lalu ternyata satu anugerah.




IG




“Bagi sesetengah wanita, selepas mengalami beberapa kali kegagalan dalam rumah tangga, mereka mungkin akan serik. Begitu juga saya.


“Saya sudah tiada ada hati dan jiwa untuk berkahwin lagi. Langsung tak terfikir pun untuk kembali bergelar isteri sebelum berjumpa semula dengan Fuad.


“Selepas berjumpa semula Fuad pun, saya tidak terfikir untuk ke arah itu (berkahwin) pada awalnya. Cukup sekadar untuk kembali berkawan,” jelas wanita berusia 37 tahun itu.


Hubungan yang kembali terjalin akhirnya membuahkan semula bibit-bibit cinta. Hati yang dahulunya keras menjadi cair untuk seiring bersama jejaka asal Singapura itu ke fasa pernikahan.


Alasannya, Tom enggan keintiman dengan Fuad menjadi buah mulut masyarakat sehingga timbulnya fitnah dan tuduhan tidak enak tentang dirinya.


“Saya nak berkahwin dengan Fuad sebab dah banyak orang bercakap tentang kami. Ke sana ke sini tanpa ada ikatan. Jadi saya rasa kami kena kahwin juga.


“Keluarga Fuad pun bimbang sebab kami selalu bersama walaupun pada awalnya mereka tahu saya sebenarnya tidak mahu berkahwin lagi.


“Jadi untuk mengelak daripada orang bercakap, saya cuba untuk berkahwin kali keempat, sebab saya pun sudah mengenali Fuad sebelum ini,” jelasnya.


Melihat perubahan sikap dan imej ‘bersih’ Fuad, Tom juga bersyukur dengan transformasi lelaki berkulit sawo matang itu yanh semakin matang seiring dengan peningkatan usia.


“Alhamdulillah, Fuad sekarang pun sudah banyak berubah. Dahulu dia nakal, tapi sekarang jadi semakin sihat. Saya nampak dirinya berbeza berbanding dahulu.


“Saya patut beri Fuad peluang. Walaupun kami belum berkahwin, tapi kami sedang lalui saat-saat gembira bersama,” katanya.


Seperkara yang cukup disedari. Bukan Fuad sahaja yang berubah,


Jujurnya, sepanjang hidup bergelar isteri dan ibu, Tom mengakui dia tidak pernah melalui pengalaman menghantar dan menjemput anak-anak pulang dari sekolah.


Namun, sejak kehadiran Fuad atau nama lengkapnya, Mohamed Fuad Abdul Rahman, Tom beroleh kebahagiaan dan bahagia menguruskan anak-anak bersama lelaki itu,


“Begitu juga Fuad. Dia pun mahu melalui pengalaman serupa sebab tidak berpeluang membesarkan anaknya hasil perkahwinan pertama terdahulu,” katanya.


IG




Pada masa sama, Tom bekas juara program MyStarz LG musim ketiga pada 2010 turut bersyukur apabila rezekinya dalam bidang nyanyian kembali menyinar apabila sibuk memenuhi jemputan membuat persembahan pentas, terutama selepas Gegar Vaganza musim kesembilan


“Sejak kisah cinta saya dan Fuad tular, rezeki kami berdua membuat persembahan mencurah-curah. Saya sangat bersyukur atas rezeki ini.


“Buat masa sekarang, saya tidak ada lagi perancangan untuk keluarkan album, mungkin suatu hari nanti. Mudah-mudahan,” jelasnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Busuk betul 2 ekor ni sampai ke luar boleh bau betapa kepamnya diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:04 PM | Show all posts
Geli negok Tik Tok depa berdua .. busuk naw rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:23 PM | Show all posts
rasa nk masuk mesin basuh..kepam dua2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:30 PM | Show all posts
dah mmg co-habit
apa yg nak malunya?
perlu lar bernikah to make it official
if not, nanti fuad tak boleh stay msia lama2
dah lar kat spura dia dah homeless

kann?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bau tembelang la benang neh.. yuckkksst
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkahwinan paling busuk kepam of the year?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:22 PM | Show all posts
dah berkepit berkelana kesana kemari amenda xde niat nak kawin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 03:28 PM | Show all posts
Couple kepam busuk dan tak semenggah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:30 PM | Show all posts
nikah je laaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak kenal dua ekor ni. Rempit, cikaro, mat pet, gangster taik kucen punya aura kuat bersinar sinar dari dua ekor ni. Mana la rupa peminat diorang ni? Buta ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:48 PM | Show all posts
Geli ngat aihh..sapa laa yg gigih duk panggil 2 ekor ni buat show
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawenlah chuolss. Sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh main berpuluh ratus kali baru rasa nk kena kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin dah. Nikah je belum
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:30 PM | Show all posts
pasangan terkepam terbusuk terhamis di dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nikah je la.xde spe kisah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepam bilas byk kali pun still kepam busuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling kepam ye dua makhluk ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin jala Tom tkyoh dik citer sana2 sni NT mcm si anju tu bertunang ja pon pungpang2 bila la nK kawin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052388 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list