View: 723|Reply: 4
|
Padah Pemandu Tak Peduli Papan Tanda Dilarang Masuk, Trak Pikap Jatuh Dalam Lubang Benam
[Copy link]
|
|
SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah trak pikap terjatuh ke dalam lubang benam di sebatang jalan di California, selepas pemandunya mengabaikan papan tanda amaran yang diletakkan, lapor akhbar New York Post.
Beberapa imej yang dikongsikan menunjukkan trak berwarna putih itu terkandas di dalam lubang tersebut di Kasson Road, bandar Tracy.
“Kami tidak dapat membawa naik kenderaan itu.
“Kejadian itu 100 peratus dapat dielakkan. Tiada alasan. Papan tanda amaran yang diletakkan amat jelas, boleh dilihat dan tidak terhalang,” kata Peronda Lebuhraya California (CHP) pada laman Facebook.
 Foto: CHP
Pemandu terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan dikenakan kompaun kerana mengabaikan papan tanda penutupan jalan.
“Jalan ditutup. Papan tanda dan pagar penghadang diletakkan secara strategik untuk keselamatan anda.
“Jangan memandu di jalan yang ditutup. Jika anda melalui jalan yang ditutup, sila berpatah balik dan cari laluan alternatif,” ujar CHP.
Sementara itu, seorang penduduk setempat, Netomie Cardoza berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat apabila kenderaan itu ‘ditelan’ lubang benam.
“Kami melihat ke luar tingkap dan mendapati terdapat sebuah lagi kenderaan (terkandas). Ia tidak masuk akal kerana terdapat penghadang yang besar dan pemandu masih melalui jalan itu,” katanya.
Lima hari sebelum ini, sebuah sedan Volkswagen erjatuh ke dalam lubang benam sama selepas pemandunya mengabaikan papan tanda amaran. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Patut gelak beramai2..
Dah ada signboard kot
Takkan la.orang main2 letak.je situ |
|
|
|
|
|
|
|
kena cakap terima kasih kat owner pickup truck tu..sebab orang iain boleh lintas jalan atas truck dia haha |
|
|
|
|
|
|
|
terbaikk... jambatan sementara
|
|
|
|
|
|
|
|
kokesen pun ada kiasu jugak  |
|
|
|
|
|
|
| |
|