View: 1203|Reply: 17
|
Pencemaran Udara Teruk, Mata Penduduk Thailand Macam Nak Terbakar
[Copy link]
|
|
Bangkok: Pencemaran udara di Bangkok dan wilayah di Thailand melonjak melepasi paras selamat semalam, mendorong pihak berkuasa menggesa penduduk tinggal di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti di luar.
Pengukuran zarah pencemaran pada 2.5 mikron atau PM2.5 di ibu negara adalah 14 kali ganda daripada paras yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjadikannya yang keenam terburuk di dunia, menurut IQAir iaitu platform pengesanan kualiti udara Switzerland.
Jabatan kawalan pencemaran negara berkata "keadaan cuaca yang tidak stabil" diburukkan lagi dengan pelepasan bahan bakar kenderaan dan pembakaran bermusim bagi tanah pertanian.
 Foto: Reuters
"Kita perlu memperhebatkan (usaha menangani pencemaran) dengan menggalakkan orang ramai bekerja dari rumah. Bagi sekolah, mereka mungkin perlu mengelak aktiviti luar dalam usaha mengurangkan kesan kepada kesihatan kanak-kanak," kata ketua pengarah jabatan itu dalam sidang akhbar.
Penduduk mengadu penglihatan kurang jelas dan sukar bernafas dalam udara yang tercemar.
"Saya rasa mata saya seolah terbakar. Saya sukar untuk melihat apabila perlu menunggang motosikal," kata Kanjanaporn Yampikul, 51, yang juga penunggang teksi motosikal.
WHO mengesyorkan bahawa purata bacaan tahunan PM2.5 hendaklah tidak lebih daripada 5 mikrogram setiap meter padu selepas mengubah garis panduannya tahun lalu, dengan kepekatan yang rendah sekalipun boleh mendatangkan risiko kesihatan.
Paras di Bangkok dan kawasan sekitarnya pada masa ini ialah 70.5 mikrogram setiap meter padu.
Setiap tahun, pendedahan kepada pencemaran udara menyebabkan kira-kira 4.2 juta kematian pramatang, menurut WHO. -CARI
Sumber: Harian metro |
|
|
|
|
|
|
|
jerebu?  |
|
|
|
|
|
|
|
ade smpai malaysia x?slalu indon xpenah gagal eksport ke sini |
|
|
|
|
|
|
|
Jerebu. Tak lama lagi masuk Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
kena buat goggle pakai harian la nampaknya. amek design ni pun okay kena tambah getah bagi airtight melekat ke muka.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di Malaya ni suka salahkan indon. Thai ni nak salahkan siapa eh, Myanmar ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jerebu kaa? Nanti Malaysia kena hadap gak jerebu niee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-2-2023 12:41 AM
Kalau di Malaya ni suka salahkan indon. Thai ni nak salahkan siapa eh, Myanmar ka?
Malaysia.....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
haippp... weols datang bawa ringgit ja untuk disedekah
Swat dee kap
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-2-2023 02:15 PM
haippp... weols datang bawa ringgit ja untuk disedekah
Swat dee kap
Dah kita jiran paling dekat...hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 3-2-2023 11:23 PM
kena buat goggle pakai harian la nampaknya. amek design ni pun okay kena tambah getah bagi airtight ...
Masuk mata jahh ka? Idung dan saluran pernapasan? |
|
|
|
|
|
|
|
Nusantara tersenyum sinis.. dek
 |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 4-2-2023 02:46 PM
Masuk mata jahh ka? Idung dan saluran pernapasan?
Yup terutama Ko dgn @mbhcsf....golongan semput....be warned.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jerebu dr mana pulak kali ini? |
|
|
|
|
|
|
|
alahh. kan dah ada facemask. takpun pakai nosebuds. mulut takyah la bukak time outdoor kata pencemaran udara takkan nak lepak2 sembang kat luar kut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 4-2-2023 08:37 PM
alahh. kan dah ada facemask. takpun pakai nosebuds. mulut takyah la bukak time outdoor kata pencem ...
Nodebuds amender pulak nih? Kang katup lubang idung, katup mulut, camne nak bernapas?
Fesmask bkn semua voley filter abuk2 jerebu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 5-2-2023 01:37 AM
Nodebuds amender pulak nih? Kang katup lubang idung, katup mulut, camne nak bernapas?
Fesmask bkn ...
Pompuan ada extra mulut kheunz? |
|
|
|
|
|
|
| |
|