CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 5

Bukan Senang-Senang Peniaga Boleh Turunkan Harga Jualan, Pelanggan Tahu Merungut Je

[Copy link]
Post time 3-2-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Ada yang berkata harga makanan mana pernah turun. Ha­nya akan naik.


Pandangan ini kurang tepat. Berdasarkan Harga Purata Item Terpilih di Malaysia terbitan Jabatan Perangkaan, harga ayam bagi bulan Julai 2022 adalah RM9.94 sekilogram. Pada Ogos 2022, harganya turun kepada RM9.65 sekilogram (meskipun selepas itu harga ayam terus naik).


Bermakna harga ayam boleh turun, walaupun bukan selalu, disebabkan pelbagai faktor. Bagaimanapun, lain pula cerita­nya dengan nasi ayam.


Sekiranya seorang peniaga menjual nasi ayam pada harga RM6 sepinggan, amat sukar untuk kita melihat peniaga sama menurunkan harga jualannya kepada bawah RM6.




Foto: Kosmo




Seorang peniaga kebiasaannya amat susah mahu menaikkan harga jualan, terutamanya sekiranya majoriti pelanggannya datang daripada golongan B40.


Kerana takut kehilangan pe­langgan, peniaga makanan terpaksa melakukan pelbagai cara untuk menyerap kenaikan kos bahan mentah.


Sekiranya tidak mampu, mungkin resipi terpaksa ditukar. Kalau dahulu nasi ayam disekalikan dengan salad dan timun, untuk mengekalkan harga, salad terpaksa dibuang, hanya timun diberikan.


Atau mungkin kuantiti nasi, atau saiz ayam terpaksa dikurangkan.


Langkah menaikkan harga jualan pula adalah jalan terakhir, setelah tidak mampu lagi menanggung bebanan kenaikan kos yang pelbagai.


Sebab itu selepas peniaga menaikkan harga, tidak munasabah sekiranya kita meminta dia menurunkan semula harga nasi ayamnya apabila harga ayam turun sedikit.


Adakah ini bermakna harga makanan yang dijual di gerai-gerai, pasar malam atau medan selera ini tidak akan turun?


Bagi Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, masyarakat perlu faham bukan mudah untuk melihat seorang peniaga menurunkan harga jualan.


Jelasnya, kos bahan mentah hanyalah salah satu daripada kos perniagaan. Banyak lagi kos lain perlu diambil kira seperti kos gaji pekerja yang semakin meningkat, sewa, bil utiliti dan sebagainya.


“Kita lihat ada penurunan dari segi harga bahan mentah, tetapi adakah kos-kos lain tidak me­nunjukkan peningkatan?


“Selain itu, kita juga perlu melihat profil pelanggan. Meskipun harga dijual mahal, namun sekiranya kebanyakan pelanggan adalah daripada golongan T20 dan M40 yang sanggup membayar, tiada sebab untuk mereka menurunkan harga,” katanya.


Menurut Ahmed Razman, ­akhirnya dalam satu pasaran bebas, harga barangan akan bergantung kepada bekalan dan permintaan. Sekiranya harga tinggi dan tiada permintaan, mahu tidak mahu peniaga terpaksa juga menurunkan harga.


“Pada masa sama, saya tidak suka gunakan istilah boikot ke­rana ia bersifat negatif. Kita pun tidak tahu apa masalah kedai berkenaan sehingga tidak boleh menurunkan harga.


“Saya lebih suka sekiranya masyarakat mempromosikan kedai-kedai yang mampu menawarkan makanan berkualiti pada harga berpatutan. Apabila peniaga seperti ini mendapat sambutan, saya percaya peniaga lain pun akan berusaha melakukan perkara yang sama.


“Peniaga makanan perlu sentiasa berusaha dan bersedia untuk mengawal kos dan meningkatkan kecekapan supaya tidak hilang pelanggan,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sebagai pembeli tak faham dgn org yg suka merungut ni tambah2 bab beli makanan... kalo rasa mahal jgn beli atau cari yg lebih murah tak pun masakla sendiri... semua benda nak merungut...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:21 AM | Show all posts
masak ni takyah beiya2..ko meniaga buat cara meniaga. ada cara dan sukatan utk ko dpt untung semua atas kebijaksanaa sdri..apsal tak belajar selama ni. massak lemak contohnya apa psal kena masak gulai daging bersalai pekat likat kos tu mmng mahal..gulai patin ikan sungai pahang. masak jo simpel2 janji sedap dan fresh. org reti masak tak perlukan bahan2 premium utk jadi sedap ia adalah skill dan passion. try me if u dont blif
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:25 AM | Show all posts
Tak mengapa barang mahal..kita kan ada menu rahmah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:38 AM | Show all posts
ayam naik harga pun naik
ayam trun harga kekal
minyak naik harga pun naik
minyak turun harga pun kekal
repeat
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 11:45 AM | Show all posts
yang merungut tu, lepas ni masak bawa bekal sendiri je la ek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.066813 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list