CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 18

Beg Sekolah Berat, Sediakan Lokar! Ada Lokar, Buku Teks Pula Habis Semua Hilang!

  [Copy link]
Post time 3-2-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Akhir tahun lalu, murid-murid tahap satu yang berada di sekolah dua sesi disediakan lokar untuk menyimpan buku-buku.


Penyediaan lokar itu dibuat disebabkan desakan pihak-pihak tertentu (mungkin ibu bapa) mengenai bebanan buku yang banyak bagi murid-murid tahap satu ke sekolah.


Seingat penulis, isu beg berat ini seolah-olah isu yang tidak berkesudahan beberapa tahun sebelum itu.




Foto: Sinar Harian




Sehinggalah Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Dr. Radzi Jidin merealisasikan kewujudan lokar sebanyak 249,646 buah di 626 sekolah seluruh negara.


Sebelum itu pelbagai isu berbangkit untuk disediakan lokar dalam kelas disebabkan tiada tempat. Kelas sudah padat dengan meja belajar.


Sebenarnya bagi yang tidak tahu, ketika kalut-kalut isu lokar itu sebenarnya beg murid sekolah rendah sudah tidak berat.


Perkara itu disebabkan sudah dilaksanakan jadual anjal di sekolah.


Hanya empat atau tiga buku sahaja yang perlu dibawa setiap hari ke sekolah. Betul! ketika itu tiada lagi masalah beg berat. Anak penulis sendiri yang turut menerima salah satu lokar itu.


Tiba-tiba lokar diluluskan dan semua murid yang terlibat yang menerima lokar itu perlu tinggalkan buku di sekolah iaitu dalam lokar berkenaan.


Tidak boleh dikunci kerana mungkin ada kes hilang kunci dan timbul masalah lain pula.


Setelah lokar sampai ke sekolah, masalah lain pula timbul, buku hilang di sekolah dan tidak bawa pulang buku ke rumah apabila ada kerja rumah.


Hujung-hujung habis sesi persekolahan ini pula apabila tiba masa hendak pulangkan buku teks semua buku tidak nampak bayang.


Pening kepala ibu bapa hendak mencari ganti buku teks yang entah ke mana itu.


Pada hemat penulis, perbelanjaan RM37.3 juta bagi membekalkan lokar-lokar ke 626 sekolah itu adalah pembaziran sedangkan jadual anjal yang dibuat sebelum itu adalah yang paling berkesan.


Peruntukan sebanyak itu adalah baik digunakan untuk membeli meja kerusi baharu di sekolah yang berlubang seperti ‘kena bom’.


Sekolah kebangsaan anak-anak kita bukan seperti sekolah Cina yang ada duit persatuan ibu bapa guru-guru berkepuk-kepuk. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha.

Inilah Malaysia.

Welcome to the jungle.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul bag anak-anak iols dari darjah 1 xberat pun. Workbook & buku tulis memang xbwk balik kerja sekolah semua kena siapkn kat sekolah so cikgu terus check bdk faham ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak i tahun 2. Cikgu kelas dia cakap ada loker sorang satu. Tp tak dibenarkan tinggal buku teks kat loker. Satu apa benda pon tak dibenar tinggal sbb takut hilang. So skrg i tak tau apa manfaat projek radzi jidin ni. Mungkin sekadar menguntungkan pembekal loker tu dan menteri tu sdri je sebenarnya. Sbb jadi tukun tiruan je pon tak boleh dimaksimakan penggunaan pon
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku melenggang sekarang takyah susun jadual. Beg pun tinggal dalam kereta je..sebab semua buku dah letak kat locker. Tapi tulah risau bab buku teks je..selalu pesan buku teks jaga elok2 bawak balik dulu nak tulis nama..
Tapi alhamdulillah pemulangan buku teks baru ni cukup semua..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
loker sesuai untuk murid tahap 2.. kalau nak sediakan loker bg ikut subjek je. Guru tak penat melayan brg atau buku teks hilang.. lagi2 kalau kunci pun bg murid  habis semua dia simpan dlm loker.. kunci hilang satu apa pun dia x boleh buat.. kmdn tanggung jawab guru plk nk pegi potong kunci..
sebenarnya beban buku byk bkn sbb apa.. satu subjek buku sampai 5 buku teks tulis aktiviti dan alat tulis murid..
yang pandai urus buku ikut jadual akan bawa ikut keperluan.. guru kutip buku simpan di kelas.
kepadatan subjek juga punca beg berat.. buat jadual anjal tidak membantu jika subjek yg ada skrg terlalu padat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 12:04 PM | Show all posts
patut boleh je kunci..satu kunci spare simpan kat bilik guru.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 12:09 PM | Show all posts
sebelum decide utk sediakan locker.. memang dah aware kan masalah ni akan jadi?
Tu belum lagi masalah anak2 letak barang2 terlarang dlm locker.. tu pasal dia x bagi kunci.. bila x kunci.. hilang pulak.

So locker bukan solution terbaik sebenarnya..
kan lebih elok kalau buku teks tu.. dibahagikan kepada beberapa jilid.. sama tebal dengan buku tulis je.. sama jugak buku aktiviti.. nipis2 aje.. takdela berat beg budak2 tu..

tu solution paling simple.
nak harapkan kurang kan silibus memang lambaaaat la lagi
takkan nak tukar ke e-book pulak? masalah lain lak timbul nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 12:12 PM | Show all posts
miftahuljamilah replied at 3-2-2023 11:53 AM
loker sesuai untuk murid tahap 2.. kalau nak sediakan loker bg ikut subjek je. Guru tak penat melaya ...

bole jugak locker tu disediakan ikut subjek.. utk letak buku teks aje.. letak kt depan meja cikgu.
buku teks tu.. ibarat buku library.. amik.. pastu pulang semula..
bawak balik cuma buku tulis.. buku aktiviti

ini dah ada locker.. segala buku ditinggal dalam tu.. sampaikan ada yg nak exam pon.. lah.. xde buku nak dibaca. Smua ditinggal dalam locker. adoila anak.


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 la... buku teks pun nak mencuri ke??? Boleh jual ke buku teks separa reput bak belacan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawa je la buku2 tu... cuba tanamkan rasa sayang dan hormat pada buku2 yg jadi sumber ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 3-2-2023 01:24 PM
Mcm2 la... buku teks pun nak mencuri ke??? Boleh jual ke buku teks separa reput bak belacan tu?

Budak hilang buku ,amik org punya .
Ai dlu pun ada locker. Buku teks mmg simpan dlm tu,tp kalau ada kerja sekolah boleh aje bawak.
Ai rasa Sekarang kena siap kan jugak kat sekolah ,sb ada makbapak bising anak ada homework. So budak2 kena siapkan semua kat sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-2-2023 09:41 AM
Haha.

Inilah Malaysia.

Hahaha 3rd world menebal lagi kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 3-2-2023 06:43 AM
green~tea replied at 3-2-2023 05:24 AM
Mcm2 la... buku teks pun nak mencuri ke??? Boleh jual ke buku teks separa reput bak belacan tu?


Bukan untuk dijual. Stoden ni panjang akal. Kalau dia kasik hilang buku teks, dia curi la buku teks orang lain supaya dia takyah bayar kos gantirugi masa kasik balik buku teks. Kalau guru kelas pemalas check nombor perolehan masa kasi balik buku teks memang lepas je la si pencurik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 02:35 PM | Show all posts
anak i mmg ada box and locker kt sekolah. semua buku simpan kat sekolah. sudahnya, bila exam pun tak dibawaknya buku balik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman duu pon ok je beg kalau bawak ikut jadual lah. tp iols pemalas nk tgk timetable hari2x bawak semua buku ke sekolah. satu hari selepas cuti sekolah masa naik darjah 3 kot, kelas tingkat 4, terus demam sebab beg berat sgt. padan muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sokong ada loker...mak pak kena DIDIK anak jadi amanah bertggjwb JGN suka pow barang duit kawan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup dua tiga ekor anak B40 untuk menghuru harakan ketenteraman sesuatu sistem....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 3-2-2023 10:01 AM
Anak aku melenggang sekarang takyah susun jadual. Beg pun tinggal dalam kereta je..sebab semua buku  ...

Tu la lega dah pulang buku teks early this week.. exam kelas agama pun settle dah...

Anak aku mmg jenis buat homework kat kelas siap2 sambil tunggu kelas kafa petang.. kadang2 ada je yg tak siap tp tak banyak lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.601168 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list