CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1187|Reply: 2

Masalah Mental Belum Pulih, Remy Ishak Takut Dan Menggeletar Jumpa Orang Ramai

[Copy link]
Post time 3-2-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Jelas daripada riak wajah pelakon Remy Ishak yang kelihatan tidak selesa dan gementar apabila didekati sekumpulan media yang ingin membuat temu bual bersamanya ketika majlis tayangan perdana filem Harum Malam baru-baru ini.


Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, mengakui dia masih lagi berdepan dengan masalah kesihatan mental seperti mana pernah dikongsikan sekitar tiga tahun lalu.


Jelas pelakon berkenaan, dia sendiri tidak pasti masalah sebenar dihadapinya malah sehingga ke hari ini wujud perasaan takut berdepan dengan orang ramai.




Foto: IG




"Keadaan saya masih belum okey lagi. Nak jumpa orang pun ada rasa takut. Sama juga jika mahu keluar ke lokasi penggambaran namun saya sendiri pun tidak tahu masalah sebenar penyakit ini.


"Sekarang ini pun (ketika ditemu bual) saya menggeletar. Apa pun saya cuba untuk kawal perasaan tersebut," katanya.


Dalam pada itu, Remy berkata, masalah tersebut turut menggangu tumpuannya di lokasi namun berusaha mengatasi segala ketakutan demi survival kerjayanya sebagai seorang pelakon.




  



Disebabkan masalah itu juga, Remy berkata, dia berhasrat memperlahankan karier pada tahun ini bagi memberi fokus kepada kesihatan dan pemulihan.


"Berlakon ini adalah minat saya, jadi saya kena teruskan walaupun memang sangat susah dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berterusan begini. Kalau dibiarkan bermakna saya mengalah.


"Untuk tahun 2023 ini saya lebih memberi tumpuan untuk pulihkan diri dan naikkan semula semangat," jelasnya.




  



Sementara itu bercakap tentang fiem terbaharu arahan Dain Said itu, Remy meluahkan sedikit rasa kecewa apabila ada babak yang terpaksa dikaburkan atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF).


Melihat keterbukaan dan kebijaksaana masyakarat kini, Remy yakin penonton dapat mengambil iktibar dari kisah yang ingin disampaikan dan bukan hanya melihat babak tersebut sebagai sesuatu yang mencemarkan budaya.


"Hiburan juga adalah satu bentuk nasihat. Sekarang ini zaman digital dan penonton boleh menilai perkara baik atau buruk dalam sesebuah karya.


"Saya rasa LPF perlu lebih terbuka dan ada sedikit kelonggaran," ujarnya.




  



Selain Remy filem tersebut turut menampilkan pelakon lain seperti Idan Adean, Bront Palarae, Nadiya Nissa, Arnie Shasha, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.


Filem terbitan kerjasama D’Ayu Pictures, Skop Productions dan Apparat ini akan mula ditayangkan pada 9 Februari. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 10:07 AM | Show all posts
Moga cepat sembuh ya bang Wemy

Malu patologikal adalah satu masalah psikologi berkait rapat dengan masalah Social Anxiety Disorder (SAD) atau dalam bahasa mudah dipanggil sebagai Gangguan Kebimbangan Sosial. SAD juga dikenali dengan nama fobia sosial atau social phobia.

Individu yang menghadapi masalah ini mudah berasa takut berdepan dengan orang sekeliling. Mereka rasa seperti melakukan perkara memalukan di hadapan orang lain dan secara spontan muka akan berubah merah.

Penghidap penyakit ini akan berasa segan dan nervous untuk berinteraksi kerana risau orang lain mempunyai tanggapan buruk terhadap mereka. Penyakit ini boleh menjadi kronik jika tidak dirawat melalui kaunseling dan terapi yang berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin takut pada kisah silam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.194468 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list